suria

Semakin lemah dan belum sedarkan diri, Ibnor Riza kritikal

Ibnor masih lagi dalam keadaan kritikal.

PENYANYI Ibnor Riza kini berada dalam keadaan kritikal selepas dua minggu tidak sedarkan diri di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM).

Isteri Ibnor iaitu Sarimah Suleiman, 51, memberitahu keadaan penyanyi itu sangat lemah dan perlu dipantau.

"Saya tak dapat bercakap sekarang, keadaan tidak mengizinkan. Saya sedang menjaga abang (Ibnor) di wad ketika ini.

2431109

Keadaan Ibnor perlukan doa dari peminat.

"Keadaan abang kritikal dan masih belum sedarkan diri... Dia sangat lemah, sudah dua minggu masih tak sedar," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Rabu lalu, Ibnor atau Ibnor Riza Ibrahim, 62, menjalani pembedahan kali kedua susulan masih terdapat pendarahan pada bahagian kepalanya.

Pada 2 Disember lalu, Ibnor menjalani pembedahan di HCTM bagi membuang air pada bahagian kanan kepala.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibnor Riza selamat jalani pembedahan kepala kali kedua, isteri mohon doa ada keajaiban

ARTIKEL BERKAITAN: Ibnor Riza semakin kritikal, belum sedar seminggu selepas pembedahan

Pembedahan itu dibuat bagi membuang air di kepala susulan sel kanser limfoma dihadapinya sudah merebak ke bahagian otak.

Bagaimanapun keadaan Ibnor bertukar kritikal dan sejak itu dia tidak sedarkan diri.

Pada 19 Februari lalu, Ibnor tiba-tiba diserang pelbagai jenis penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol, buasir dan migrain.

Tidak hanya itu, doktor turut mengesahkan dia menghidap kanser limfoma selepas memeriksa bengkak pada bahagian lehernya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain