suria

Tiada pengikut, orang pula tak kenal... Lebih 10 kali Nadhir Nasar ditolak stesen TV

Nadhir kongsi kisah agar jadi inspirasi ramai.

SEBELUM bergelar juara Hero Remaja tiga tahun lalu, pelakon berbakat besar Nadhir Nasar pernah berdepan kesukaran membina nama sebagai seorang selebriti.

Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 27, berkata, antara pengalaman tidak boleh dilupakan apabila lebih 10 kali namanya ditolak stesen televisyen disebabkan tidak mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.

"Sebelum Hero Remaja aku ditolak lebih daripada 10 kali kerana tidak memiliki pengikut yang ramai di media sosia.

"Katanya tiada orang kenal, susah nak masuk televisyen," katanya.

nadhir 1

Nadhir meninggalkan nasihat kepada salah seorang peminat.

Nadhir berkongsi perkara itu ketika memberi semangat kepada seorang individu yang kecewa kerana tidak berjaya menyertai program Hero Dewi Remaja.

Dalam pada itu, Nadhir percaya individu berkenaan akan diberikan rezeki lebih baik berbanding pertandingan berkenaan.

"Untuk aku rezeki di Hero Remaja, kamu mungkin tempat lain. Jalan terus, insya-Allah," komennya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadhir Nasar artis muda contoh, dalam sibuk masih sempat turun padang bantu misi kemanusiaan ke Gaza

ARTIKEL BERKAITAN: Lantang bersuara isu Palestin, Nadhir Nasar guna pengaruh sebar perkara benar

Terharu dengan kata-kata semangat daripada Nadhir, individu tersebut berterima kasih dan berjanji akan terus kuat mengejar cita-citanya.

"Nadhir idola saya, awak selalu beri inspirasi dan menjadi salah satu sebab saya kuat selama ini.

"Anak seni yang mengalir keikhlasannya," ujarnya.

Untuk rekod, Nadhir merupakan seorang model sebelum menyertai Hero Remaja edisi 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain