PENYANYI Aina Abdul muncul sebagai pemenang anugerah Diva Terulung pada KNKV Viral Award 2024 yang berlangsung di Zepp Kual Lumpur pada malam Selasa.
Menyifatkan anugerah pencapaian terbaik sepanjang 10 tahun bergelar anak seni, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani memberitahu kemenangan itu sudah membakar semangatnya untuk terus maju dalam berkarya selepas ini.
“Penghargaan ini mengingatkan saya untuk kerja keras di masa akan datang.
“Terima kasih kepada ibu dan peminat kerana doa mereka memberi ruang dan peluang buat Aina Abdul,” katanya ketika menerima anugerah trofi kemenangannya.
mStar menang kategori Best National Viral Page/Channel.
Dalam pada itu, pempengaruh media sosial Ryan Bakery membawa pulang dua trofi kemenangan iaitu Best National Comedy Influencer dan Best National Content Creator.
Manakala usahawan Hafiz Mahamad turut membawa pulang dua trofi kemenangan menerusi kategori Best National Influencer dan Best National Oroginal Business Content.
Sementara itu, portal hiburan dan gaya hidup berpengaruh iaitu mStar muncul sebagai pemenang kategori Best National Viral Page/Channel.
ARTIKEL BERKAITAN: Portal mStar julang trofi Best National Viral Page/Channel pada KNKV Viral Award
ARTIKEL BERKAITAN: Fenomena ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ dapat pengiktirafan, Alif Satar terima anugerah khas juri KNKV Viral Award 2024
Antara pemenang lain pada malam anugerah berkenaan adalah Datuk M. Nasir (Viral Laureate Song), Beto Kusyairi (Viral Laureate Actor) dan Fara Fauzana (Viral Laureate Golden Mic).
Anugerah Viral KDNK 2024 bersiaran secara langsung di saluran TV2 dan dikendalikan oleh Tyzo, Sharifah Shahira, Azhar Jalil serta Diana Rusdi bergandingan sebagai pengacara.
Acara ini turut diserikan dengam persembahan nyanyian Aina Abdul, Arish Mikael, Azmi Caliph Busker dan Aweera.
Selain itu Joey dan Ammar Titan tampil dengan persembahan sketsa komedi.
Turut hadir pada majlsi berkenaan adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.
Berikut adalah senarai penuh pemenang KNKV Viral Awards 2024:
Viral Laureate Film Influencer - Zhaf Vlog
Viral Laureate Film Director - Adrian Teh
Viral Laureate Golden Mic - Fara Fauzana
Viral Laureate Influencer - Alif Satar
Viral Laureate Song - Datuk M Nasir
Viral Laureate - Actor - Beto Kusyairi
Viral Laureate Content Creator - Sofyank
Prime Award:
1. Malaysia Madani Awards - Shermine Hau Ah Moi
2. Best National Influencer - Hafiz Mahamad
3. Best National Content Creator - Ryan Bakery
Golden Awards:
1. Best National Original Viral Video – Pemenang Awanaz Style
2. Best National Original Islamic/Motivational Content – Pemenang Mika and
Daddy
3. Best National Original Educational/Informative Content – Sir Asai
4. Best National Original Business Content – Hafiz Mahamad
5. Best National Original Comedy Content – DavidVidzKumbibi
6. Best National Original Food Content – Hisham Raus
7. Best National Educational/Informative Influencer – Sir Asai
8. Best National E-Sports Influencer – Daddy Kr3w
9. Best National Health/Beauty/Sports Influencer – Dr Samhan
10. Best National Motivational/Business Influencer – Inche_lebah
11. Best National Comedy Influencer – Ryan Bakery
12. Best National Food Influencer – Che Sayang Kitchen
13. Best National Entertainment Influencer – Mek Yun
14. Best National Viral Page/Channel – mStar Online
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!