suria

‘Mengejar Cinta’ uji kemampuan Nomad sebagai penyanyi, ambil masa fahami lagu ciptaan sendiri

Nomad ubati rindu peminat yang lama menanti karya baharunya.

SETELAH lama tidak muncul dengan karya baharu, penyanyi Nomad akhirnya mengubati rindu peminat dengan lagu berjudul Mengejar Cinta.

Nomad atau Nur Muhammad Alieff Ayub, 36, berkata, Mengejar Cinta bukan satu karya biasa sebaliknya menguji dirinya sebagai penyanyi dan komposer lagu berkenaan.

Kata Nomad, itu merupakan kali pertama dia berdepan dengan situasi tersebut sehingga membuat dia mengambil masa memahami situasi yang sedang berlaku.

"Bila masuk proses rakaman, saya ambil masa selama dua jam untuk memahaminya. Padahal ini merupakan lagu ciptaan saya. Sebenarnya ada perasaan lain dirasai malam semasa merakamkan lagu berkenaan.

IMG_8119

Nomad ambil masa untuk selesaikan rakaman.

"Mujur ada bimbangan J Ratno, Afif Tirmizi dan Rudy Nastia bagi melancarkan proses rakaman," katanya.

Berkongsi lebih lanjut, Nomad berkata Mengejar Cinta adalah karya lebih matang berbanding lagu-lagunya sebelum ini.

“Sejujurnya saya hanya mahu pendengar menikmati buah tangan terbaru ini. Hasil tangan ini lebih matang jika mahu dibandingkan dengan karya-karya terdahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam diam Nomad dah kahwin, rasa janggal pegang status suami orang

ARTIKEL BERKAITAN: Nomad Buat Lagu 'Dia' Kerana Rasa Tercabar

“Sudah pasti saya bersyukur dan gembira dapat menghasilkan sebuah karya mengikut kematangan usia yang saya anggap sebuah cerita ‘kesedihan yang sangat bahagia’,” katanya lagi.

Menurut Nomad, lagu berkenaan mengisahkan tentang kerinduan dan kenangan yang telah pergi buat selama-lamanya.

Dia percaya setiap pendengarnya pernah mengalami pengalaman seperti itu di dalam hidup mereka.

Malah liriknya juga menceritakan tentang kecintaannya pada sosok yang telah banyak memartabatkan pejuangan untuk seluruh umat-Nya.

nomad 11

Mengejar Cinta sesuai dengan kehidupan pendengar.

“Bila bercakap tentang kecintaan dan kerinduan, ia boleh dikaitkan dengan pelbagai kisah yang pernah kita dengar.

"Liriknya juga menceritakan tentang kecintaannya pada sosok yang telah banyak memartabatkan pejuangan untuk seluruh umat-Nya," ujarnya.

Dalam pada itu, Nomad juga berharap pendengar dapat menerima mesej disampaikan sekali gus diadaptasi dalam kehidupan seharian.

"Mengejar Cinta bukanlah sebuah karya yang rumit untuk difahami namun ia kaya dengan maksud tersirat yang mempunyai pelbagai pengertian," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain