HAMPIR empat tahun tidak bertemu, akhirnya pelawak Ali Puteh dapat memeluk dan mencium anak saudaranya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey. Meluahkan rasa syukur atas pertemuan itu, Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, dilihat sebak ketika membawa anak-anaknya berjumpa dengan Hamzah. "Syukur ya Allah dengan ujian ini... Mak abang! Angah dah selesai semuanya. Ali berjumpa Hidayah di kediamannya untuk selesaikan hutang. "Berjumpa dah mereka sebagai saudara kandung, insyaAllah legasi Syed, Sharifah kita tak akan terputus," katanya. Perkongsian tersebut dikongsi oleh Ali di aplikasi TikToknya pada malam Selasa. Dalam pada itu, Ali berkata kemelut yang berlaku antaranya dengan bekas kakak iparnya iaitu Nor Hidayah sebelum ini merupakan satu ujian yang pasti ada hikmahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Hutang selesai! Ali Puteh datang rumah Hidayah serah RM75,000 ARTIKEL BERKAITAN: Duit dah cukup, Ali Puteh mahu segera jumpa Hidayah bayar hutang "Setiap yang pahit pasti ada manisnya. Janji Allah itu pasti, setiap ujian ada hikmahnya. "Terus membesar anak-anakku semua. Hubungan saudara kita tidak akan terputus dan pasti kita pertahankan, insyaAllah," tulisnya. Sementara itu, menerusi hantaran dimuat naik Hidayah di Instagram (IG), Ali dilihat menghulurkan sejumlah wang saku buat Hamzah sebelum memperkenalkan anak saudaranya itu kepada anak-anaknya. Boleh ya saya cium anak buah saya? Empat tahun saya tak pernah tengok dia dan ini merupakan kali pertama. ALI PUTEH PELAWAK "Hamzah mari sini, pak ngah (Ali) tak ada apa-apa nak bagi tapi ini duit belanja buat Hamzah ya. "Boleh ya saya cium anak buah saya? Empat tahun saya tak pernah tengok dia dan ini merupakan kali pertama. "Hamzah jadi orang baik tau, nanti jumpa saudara-mara lain di Gombak," katanya. Terdahulu, Ali berkongsi video dirinya bertentangan mata dengan Hidayah bagi melangsaikan tuntutan saman bernilai RM75,000. Bagaimanapun urusan tersebut dilihat masih lagi belum selesai selepas pihak Hidayah mahu Ali melakukan pembayaran tersebut melalui peguamnya. Ali menjual barangan peribadi untuk langsaikan hutang. Sebelum ini, Ali terpaksa menjual tujuh trofi kemenangannya bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang kakak iparnya. Antara trofi yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna dan beberapa lagi. Selain itu, Ali turut menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya. Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!