suria

Berat badan susut bukan sebab kecewa, Azira Shafinaz masih bahagia selepas 12 tahun menyulam cinta

Azira nafi berat badan susut sebab kecewa, sebaliknya masih bahagia dengan orang yang sama selama 12 tahun.

PELAKON Azira Shafinaz memberitahu dia masih lagi bahagia bersama teman lelakinya meskipun sudah 12 tahun menjalinkan hubungan istimewa.

Azira atau Azira Shafinaz Ramlan, 33, berkata berat badannya dilihat sedikit susut bukanlah kerana sedang kecewa sebaliknya persiapan untuk drama yang akan datang.

"Tak adalah (kecewa)... nak putus cinta dengan siapa? Masih bahagia sampai sekarang.

size NP 1 (20)

Berat badan Azira susut kerana persiapan untuk drama terbaharu.

"Alhamdulillah, orang yang sama... 12 tahun kami bersama," katanya kepada mStar.

Azira berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara Raya 2024 Couture Collection by Rizman Ruzaini yang berlangsung pada malam Selasa di ibu kota.

Kata Azira, dia dan pasangan bagaimanapun belum ada merancang untuk mendirikan rumah tangga, namun mengakui sudah mengadakan perbincangan diantara mereka mengenai perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Azira Shafinaz perjelas salah faham menang pelakon komedi terbaik... Sekarang tidur pun sambil peluk trofi

ARTIKEL BERKAITAN: Penat lelah 10 tahun akhirnya terbayar, Azira Shafinaz menang trofi Pelakon Wanita Komedi Terbaik

"Mestilah kami ada bercakap-cakap tapi nak kongsi apa-apa pun tak boleh lagi.

"Kalau sudah ada pengesahan baru saya boleh kongsi kepada semua.

"InsyaAllah... doakan untuk saya. 33 tahun memang masa yang sesuai berkahwin," ujarnya.

Kata Azira lagi, dia sudah lama bersedia untuk mendirikan rumah tangga namun masih menunggu masa yang sesuai.

size NP 1 (21)

Azira sudah bercinta selama 12 tahun dengan orang yang sama.

"Saya sendiri dah bersedia untuk berkahwin... kalau kita nak tunggu sampai bila tak sedia.

"Jadi saya hanya bertenang dan tunggu masa yang tepat," kongsinya.

Pada Oktober 2023, Azira seolah-olah memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujangnya apabila berkongsi ucapan romantis buat kekasihnya yang dikenali sebagai Yasser Khan.

Azira juga berkongsi foto kekasih hatinya berserta kapsyen seakan menanti giliran disatukan sebagai suami isteri tidak lama lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain