suria

Portal mStar julang trofi Best National Viral Page/Channel pada KNKV Viral Award

Wakil mStar bergambar kenangan bersama trofi kemenangan di KNKV Viral Award 2024.

PORTAL hiburan dan gaya hidup berpengaruh iaitu mStar muncul sebagai pemenang kategori Best National Viral Page/Channel pada malam anugerah KNKV Viral Award yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Portal itu menumpaskan empat pesaing terdekatnya yang tersenarai ke peringkat akhir iaitu Oh Bulan, Oh! Media, Rotikaya dan Mingguan Wanita.

Ketua Bahasa Vertikal, mStar iaitu Mohd Fuad Mohd Noor dan Ketua Pasukan Media Sosial dan Pemasaran Pempengaruh, Tuan Hafis Tuan Ludin tampil menerima trofi kemenangan yang turut disiarkan secara langsung menerusi TV2.

Kemenangan mStar dibuat berdasarkan undian peminat pada peringkat awal sebelum ia dipilih juri selepas berada pada kedudukan lima terbaik.

WhatsApp Image 2024-02-20 at 10.39.44 PM

Hafis (dua dari kiri) dan Fuad (dua dari kanan) tampil menerima trofi kemenangan bagi pihak mStar.

mStar mula dilancarkan sejak 2005 yang pada mulanya menampilkan kandungan berita dan hiburan.

Ia kemudiannya dikembangkan kepada kandungan berita viral, laporan terkini dan hiburan sensasi.

Selain itu, mStar juga mempunyai pengaruh yang kuat menerusi platform media sosial apabila ia memiliki lebih satu juta pengikut termasuklah di Instagram, YouTube, TikTok dan Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Fenomena ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ dapat pengiktirafan, Alif Satar terima anugerah khas juri KNKV Viral Award 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Shahirah kembali bergandingan dengan Tyzo, kendali Anugerah KNKV Viral Award 2024

KNKV Viral Award 2024, sebuah majlis anugerah bagi memberi pengiktirafan kepada pempengaruh, pencipta kandungan, platform tular dan saluran tular terulung di Malaysia.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan termasuklah Pempengaruh Nasional Terbaik (Best National Influencer), Pencipta Kandungan Nasional Terbaik (Best National Content Creator) dan Platform/Saluran Nasional Terbaik (Best National Viral Page/Channel).

Malam anugerah KNKV Viral Award 2024 ini dipersembahkan oleh KNKV Group dan RTM, dianiurkan bersama KNKV Studios dan Eventopedia.

KNKV Viral Award dikendalikan oleh Tyzo, Sharifah Shahira, Azhar Jalil serta Diana Rusli sebagai pengacara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!