suria

Jiwa Kacau 2024 himpun 15,000 penonton, dapat pengiktirafan Malaysia Book of Records

Masdo dan Bunkface antara yang membuat persembahan. Foto Ihsan Echolalia Pictures

SHOWCASE Jiwa Kacau 2024 mencatat sejarah baharu apabila berjaya menghimpunkan seramai 15,000 penonton di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada malam Sabtu.

Kejayaan itu sekali gus mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MVOR) kategori pertama kali konsert dilakukan di stadium berkenaan.

Pemilihan lokasi lebih besar berbanding penganjuran sebelum ini di Stadium Melawati, Shah Alam dilihat sebagai keputusan tepat dan tidak merugikan kerana edisi kali ini mendapat sambutan luar biasa penonton.

jiwa kacau 3

Insomniacks (kiri) dan Luqman Podolski tampil menghiburkan peminat.

Sijil Pengiktirafan bagi Showcase Jiwa Kacau 2024 disampaikan wakil MBOR, Siti Hajar Johor kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MND Sport & Event Sdn Bhd, Harith Daniel.

Pada persembahan tersebut, penganjur menampilkan kumpulan popular Indonesia iaitu Nidji selain Masdo, Insomniacks, Hujan, Bunkface dan Luqman Podolski.

ARTIKEL BERKAITAN: Ziana Zain hiburkan lebih 5,000 peminat, sempat ‘video call’ bapa semasa konsert

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert sulung serlah ‘taring’ Siti Nordiana, tribute Achik Spin buat peminat emosi

Luqman yang juga pempengaruh media sosial yang kini bergelar penyanyi membuka tirai persembahan dengan lima buah lagu iaitu Bahaya Kembar, MYVI, Mungkin Aku Tak Penting, Kalau Kau Rindu dan Ring Ring.

Acara kemudiannya diteruskan dengan persembahan daripada Kugiran Masdo menerusi dendangan medley La Obe dan Janji Manis, Miss Flower Learn To Twist, Inilan JalanNya, Berduka Lara, Perih Jerih, Dinda, Malam Pesta Rock N Roll serta Berchanda.

jiwa kacau 1

Kemunculan Nidji antara yang dinantikan peminat.

Sementara itu, acara menjadi lebih rancak apabila Insomniacks tampil dengan membawakan lagu Igauan Malam, Reminisensi, Teman, Kepala Batu, Sempurna dan Pulang.

Kehangatan suasana di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semakin terasa setelah Nidji muncul di pentas untuk mempersembahkan lagu hit mereka seperti Lala Song, Disco Lazy Time, Arti Sahabat, Sumpah & Matiku, Wadow, Laskar Pelangi, Biarlah dan Hapus Aku.

Teriakan penonton terus memuncak apabila band popular, Hujan muncul dengan menyampaikan lagu Kotak Hati, Obsesi, Ahmoi Chantek, Lonely Solder Boy, Empayarmu, Bila Aku Sudah Tiada, Pagi Yang Gelap dan Aku Skandal.

jiwa kacau 4

Kemeriahan Showcase Jiwa Kacau dihadiri 15,000 penonton.

Bunkface yang bertindak sebagai kumpulan penutup acara tidak kurang hebat saat mendendangkan lagu Hilang, Malam Ini Kita Yang Punya, medley High School Rockers dan Silly Lily, Rentak Laguku, Panik, Situasi serta Revolusi.

Dalam masa sama, Showcase Jiwa Kacau turut menyediakan cabutan bertuah seperti Iphone 13, permainan video play station (PS5), dan sebuah motosikal.

Showcase Jiwa Kacau 2024 turut menzahirkan solidariti buat penduduk Palestin yang kini berdepen kekejaman rejim Zionis menerusi slot paparan video khas bagi memperingati kesengsaraan dialami mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain