PELAKON Hairul Azreen menunaikan hasrat anak perempuannya iaitu Alisa Aisyah untuk bertemu dengan pemain badminton negara iaitu Lee Zii Jia. Hairul atau Hairul Azreen Idris, 35, sebelum itu memuat naik video memperlihatkan Alida menangis kerana mahu bertemu dengan Zii Jia. "Lee Zii Jia sudah pulang. Lain kali okay? Awak nak bercakap dengan Lee Zii Jia?" tanya Hairul. Zii Jia meluangkan masa mengunjungi kediaman Hairul untuk bertemu Alisa. Tidak lama kemudian, Zii Jia membuat kejutan dengan mengunjungi kediaman mereka dan menegur Alisa yang sedang duduk bersama ibunya iaitu pelakon Hanis Zalikha di meja makan. Melihat kemunculan pemain badminton itu, Alisa tersenyum riang sambil menghulurkan salam kepada Zii Jia. ARTIKEL BERKAITAN: Faham kepayahan besarkan anak-anak, Hanis Zalikha tak ‘judge’ individu tak mahu zuriat ARTIKEL BERKAITAN: Selamba Hairul Azreen cabut gigi susu anak, netizen kagum Yusof rileks tak menangis pun Zii Jia kemudiannya sempat melayan kanak-kanak berusia lima tahun itu bermain badminton. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat kunjungan Zii Jia ke kediaman Hairul dan cemburu melihat permintaan Alisa ditunaikan. "Dahsyatlah, dia (Alisa) minta sahaja, Lee Zii Jia terus muncul. "Macam duduk sebelah rumah sahaja, Lee Zii Jia terus datang," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!