suria

[V] Sophia Albarakbah tak suka dengar gosip, jarang guna media sosial kerana banyak benda tiada faedah

TETAP dengan pendirian, pelakon Sophia Albarakbah enggan lagi namanya dikaitkan dengan aktor Aliff Aziz.

Malah Sophia, 30, juga lebih selesa mengelak bercakap tentang perkara tersebut terutama ketika dia ditemui dalam mana-mana acara hiburan dihadiri.

"Tak nak cakap... kalau nama itu saya tidak mahu jawab. Tak selesa untuk jawab," katanya kepada mStar.

sophia 2

Sophia enggan ulas komen-komen sosial media yang mengaitkan namanya.

Sophia ditemui ketika majlis tayangan bersama peminat filem terbaharu lakonannya berjudul Saka Perawan yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Dalam masa sama, pelakon ini menegaskan dia bukannya cuba untuk mengelak bertemu atau menjawab pertanyaan media, namun dirinya kini lebih sibuk dan fokus kepada kerjaya lakonan.

"Saya tidak pernah mengelak. Saya hanya fokus kepada kerja. Perkara yang tiada kaitan tidak perlu komen," jelasnya ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau dah buat salah kita baiki diri” - Sophia Albarakbah fokus kerja, enggan layan kontroversi tiada faedah

ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah, God is great” - Sophia Albarakbah

Dalam masa sama, Sophia juga mengakui dia bukanlah seorang yang terlalu kerap membaca komen atau gosip dunia hiburan di sosial media termasuk berkaitan dirinya.

"Saya juga bukanlah seorang yang selalu dengan sosial media kerana banyak benda tidak berfaedah. Tak suka dengar gosip atau perkara yang tidak patut," jelasnya.

Sebelum ini ketika bertemu media pada tayangan filem sama, Sophia juga memilih untuk tidak memberi sebarang komen berhubung kontroversi membabitkan dirinya.

sophia 3

Isyariana (kiri), Sophia dan Nelissa bergabung dalam filem Saka Perawan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, filem Saka Perawan bakal memulakan tayangan pada 27 Jun di seluruh pawagam.

Selain Sophia, filem genre seram komedi ini turut menampilkan pelakon lain seperti Isyariana, Nelissa Nizam, Datuk Fauziah Nawi, Wilma Muhammad dan Azlee Senario.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain