PELAKON Shakilla Khoriri meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan segelintir perokok yang memeluk dan mencium anak orang lain ketika diri mereka berada dalam keadaan berbau asap rokok. Kata Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, perkara itu tiada masalah jika dilakukan terhadap anak sendiri, namun tidak sepatutnya dilakukan kepada orang lain. "Tak payah nak peluk, cium anak orang sangat kalau awak (perokok) satu badan termasuk mulut and nafas bau rokok. Shakilla meluahkan rasa bengang di Instastory miliknya. "Terutamanya anak yang ibu bapa mereka tak merokok atau vaping. Kalau awak ada anak dan nak buat dekat anak-anak awak itu terpulang," katanya. Shakilla meluahkan ketidakpuasan hatinya itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada Khamis. Tidak menujukan teguran itu kepada mana-mana pihak, Shakilla berkata tindakan perokok itu boleh memberikan kesan terhadap kesihatan kanak-kanak. ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri dah biasa buat kerja berat, jangan salah faham sampai kata suami tak tolong... “Saya bukan isteri yang merengek minta bantu” ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri dapat hak penjagaan sementara anak, akan buat apa sahaja untuk Ameena "Anak-anak yang tak biasa dengan bau atau hidup dalam asap rokok tu sangat sensitif. Boleh jadi sampai batuk dan sakit tekak. "Buat dekat anak sendiri. Baru ada akal bila anak awak sakit sebab benda bodoh tu dan baru awak tahu perasaan ibu bapa yang hadapi perkara berkenaan. "Apa lagi perasaan orang yang tak merokok tapi anak dapat sakit dari orang lain! Nak mati atau sakit sebab rokok tu lantak awak tapi jangan libat orang lain. Tua-tua pun bodoh!" jelasnya. Shakilla kembali bergelar isteri pada Februari lalu. Untuk rekod, Shakilla sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun. Pada 24 Februari lalu, Shakilla kembali bergelar isteri kepada lelaki bernama Fariz dalam majlis tertutup yang cuma dihadiri keluarga dan rakan terdekat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!