suria

Tiada sebarang unsur jenayah, kematian Nidza Afham kekal SDR

Nidza disahkan meninggal dunia pada 14 Ogos.

KES kematian penyanyi Nidza Afham kekal diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Perkara itu ditegaskan Ketua Polis Negara, Datuk Hussein Omar Khan yang menjelaskan tiada sebarang unsur jenayah hasil siasatan pihak berkuasa.

"Kes berkenaan kini hampir selesai dan tiada unsur jenayah. Siasatan menyeluruh kes itu masih dijalankan mengikut SDR," katanya kepada pemberita.

hussein 1

Hussein (kanan) berkongsi perkembangan kes kematian Nidza.

Hussein menjelaskan perkara itu ketika ditemui di program Marathon Selangor Police Integrity 2024 yang berlangsung di Klang pada Ahad.

Dalam pada itu, Hussein memaklumkan kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Nidza Afham mati mengejut, tiada sebarang kecederaan fizikal

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jenazah Nidza Afham selamat dikebumikan

Kematian Nidza atau Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, sebelum ini menjadi perhatian ramai selepas mayatnya ditemukan di Sungai Klang pada 14 Ogos lalu.

Sehari sebelum itu, Nidza dilaporkan hilang selepas keluar melakukan aktiviti riadah di Stadium Sultan Suleiman.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islan Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam pada 15 Ogos.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain