suria

Aida Aris diam bukan sebab takut, ingat pesan ibu suruh sabar jika berdepan ujian

Aida terpalit dengan kontroversi dakwaan berhutang lebih RM200,000.

PELAKON Aida Aris mengambil langkah berdiam diri susulan dakwaan dia berhutang RM200,000 terhadap bekas adik iparnya bukan kerana takut.

Sebaliknya kata Aida atau Siti Rohaida Mat Aris, 52, dia memegang pesanan Allahyarham ibunya iaitu Siti Khadijah Abu Sujak agar bersabar sekiranya berdepan dengan ujian dalam hidup.

"Aku diam bukan takut. Aku diam sebab mak pernah pesan biarlah orang buat kita, sabar.

Perkongsian yang dimuat naik oleh Aida di Instastory miliknya.

Perkongsian yang dimuat naik oleh Aida di Instastory miliknya.

"Patut ke aku tampil?" katanya.

Aida berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Aida meluahkan rasa terharu kerana terus menerima semangat daripada peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas adik ipar akhirnya dedah nama pelakon Aida Aris, diminta jelaskan hutang lebih RM200,000

ARTIKEL BERKAITAN: “Artis Hollywood tengok pelakon Malaysia tabik spring”... Aida Aris tak sanggup tonton video Fasha Sandha cedera

Aktres berkenaan mengucapkan terima kasih atas doa serta sokongan yang diterima dan menganggap masih ramai individu baik wujud di dunia ini.

"Alhamdulillah, terima kasih semua kawan-kawan dan pengikut di media sosial yang mengenali mahupun tidak kerana mendoakan dan memberi kata semangat.

"Akhir zaman masih ada orang yang baik," ujarnya.

Bekas adik ipar (kanan) mendakwa aktres berkenaan gagal membayar hutang kepadanya.

Bekas adik ipar (kanan) mendakwa aktres berkenaan gagal membayar hutang kepadanya.

Sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai Ziela Rashid tampil mendedahkan pelakon wanita yang juga merupakan bekas kakak iparnya didakwa tidak mahu membayar hutangnya sebanyak RM208,745.59 adalah Aida.

Ziela berharap pendedahan dibuat itu dapat memberi pencerahan kepada masyarakat yang masih berteka-teki siapakah pelakon dimaksudkan menerusi temu bual program hiburan Melodi beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Aida tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dibuat tidak dibalas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain