suria

Jasa dalam bidang seni melebihi segala-galanya, Aina Abdul anggap Siti Nurhaliza layak bergelar Biduanita Negara

Kejayaan Siti memberi inspirasi buat Aina.

TUMPANG bangga, penyanyi Aina Abdul menyifatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza semenangnya layak diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Biduan Negara pada Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 pada Rabu lalu.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata, jasa Siti hampir 30 tahun membabitkan dalam bidang seni mengatasi segala-galanya dan tumpang gembira dengan anugerah diberikan kepada penyanyi nombor satu negara itu.

"Tahniah saya ucapkan kepada penyanyi kesayangan Datuk Seri Siti Nurhaliza selaku Biduanita Negara ketiga. Apabila saya tengok beliau dapat anugerah tersebut, sememangnya layak.

aina 2

Aina kagum dengan kejayaan Siti.

"Saya sangat gembira untuk beliau apatah lagi jasanya mengatasi segala-galanya. Sangat layak," katanya kepada mStar.

Aina berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas pertandingan Semi Final Muzik-Muzik ke-39 (SFMM39) yang berlangsung pada malam Jumaat.

Dalam pada itu, Aina berkata, sebagai orang baharu dalam industri muzik, pencapaian Siti dalam bidang nyanyian menjadi inspirasi buatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza penyanyi wanita ketiga terima Anugerah Biduan Negara 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Saingan vokal Aina Abdul, Marsha, Ernie dan Nadeera... Ini 10 lagu layak ke AJL39

Penyanyi lagu Terus Hidup itu juga mendedahkan ibunya juga merupakan punca dia meminati dan mengagumi seorang figura bernama Siti Nurhaliza.

"Semestinya (beri inspirasi), lebih daripada inspirasi.

"Ibu saya adalah penyebab saya mengenali Siti Nurhaliza. Saya masih ingat kalau balik ke rumah, ibu akan pasang lagu-lagu beliau.

aina 3

Aina juga antara bakat yang semakin menyerlah.

"Siti lebih daripada sekadar inspirasi. Beliau merupakan figura dalam hati saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aina sekali lagi bakal berentap di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal berlangsung pada awal tahun hadapan menerusi lagu Puas Sudah.

Selain Puas Sudah, sembilan lagu yang turut ke AJL39 adalah Pujaanku oleh Masdo feat. Aisyah Aziz, Risiko (Benzooloo, Tuju & MK K-Clique), Sengaja (Amir Masdi), Saksama (Akim And The Majistret) dan Bukan Lagi Kita (Nadeera).

Turut sama bertanding adalah Diam oleh Hael Husaini, Hening Rindu (Marsha Milan), Aura (Ernie Zakri) dan Terus Bersinar (Hafiz Suip).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain