KETIKA isu pendatang baharu dalam industri lakonan dibuli hangat diperkatakan, pelakon Lana Nodin memberi amaran kepada golongan ini agar menunjukkan sikap disiplin di set penggambaran. Lana atau Mazlina Hassan Nodin, 44, berkata, dia sendiri tidak teragak-agak untuk memberi 'pelajaran' kepada pelakon BBNU atau 'budak-budak baru nak up' jika mereka mempamerkan sikap sambil lewa ketika bekerja. "Saya nak beritahu perkara ini kepada 'bbnu' yang baru nak berlakon. Lana berkongsi perkara itu menerusi InstaStory miliknya. "Kalau korang sibuk bermain telefon bimbit, TikTok dan media sosial sehingga tak hafal dialog... Bukan skrip sahaja saya baling, kerusi pun boleh melayang," katanya. Lana meluahkan perkara itu menerusi laman sosial miliknya. Berkongsi pengalaman sebagai pelakon, Lana berkata, dibaling skrip bukan perkara paling teruk sebaliknya ada yang pernah disimbah air sejuk gara-gara tidak menghafal skrip. ARTIKEL BERKAITAN: Lana Nodin nasihat Fazura diam usah buka aib, persoal niat cerai cara baik ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun peluk Islam, suami Lana Nodin tunjuk banyak perubahan... Jaga solat dan mampu didik anak ilmu agama Jelas Lana, sebagai seorang pelakon mereka perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab dan sentiasa bersedia kerana ia turut membabitkan pelakon dan kru lain. "Menyusahkan orang bila tidak membuat persediaan dialog di set penggambaran. "Zaman saya dulu, bukan skrip sahaja dibaling, mandi air batu pun kena jika tidak menghafal skrip," jelasnya. Lana menasihati pelakon baharu untuk lebih profesional. Malah Lana turut menyindir pelakon baharu yang tidak serius dalam pekerjaan mereka supaya meninggalkan industri. Ini termasuk meminta mereka mencari golongan kaya sebagai pasangan dan tidak perlu bersusah payah berlakon. "Baik duduk rumah sahaja, cari orang kaya untuk jaga awak dan tak perlu berlakon," tulisnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!