MASALAH kesihatan dihidapi punca penyanyi Khai Bahar gagal memberi persembahan terbaik di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 39 (SFMM29) yang berlangsung pada malam Jumaat. Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 30, kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya dan perlu mengambil tempoh lebih lama agar vokalnya kembali seperti biasa. "Maaf semua tidak dapat beri 100 peratus untuk lagu Lemas atas faktor suara yang belum pulih sepenuhnya. Khai berkongsi masalah vokal yang dihadapi. "Selalunya bila suara macam ini ambil masa tiga bulan. Bukan sengaja tak nak all-out, itu dah habis baik saya buat," katanya. Khai menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada awalnya pagi Sabtu selepas selesai persaingan SFMM39. Dia membawakan lagu berjudul Lemas yang merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Hykal Kadir. ARTIKEL BERKAITAN: Saingan vokal Aina Abdul, Marsha, Ernie dan Nadeera... Ini 10 lagu layak ke AJL39 ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar tak tidur 2 hari, berdepan masalah insomnia... Tetap gigih bekerja selagi ada kudrat Tambahnya sebagai penyanyi pastinya dia mahu melakukan sebaik mungkin dalam setiap persembahan meskipun rezeki tidak memihak kepadanya untuk ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39). "Untuk ke final AJL, itu semua atas keputusan juri. Kalau boleh saya sendiri nak buat persembahan terbaik walau tiada rezeki ke final. "Doakan suara saya cepat pulih. Jangan marah-marah," luahnya. Lagu Lemas persembahan Khai gagal mara ke pentas AJL39. Sebanyak 10 lagu diumumkan layak ke pentas AJL39 yang dijangka bakal berlangusng pada awal tahun hadapan. Penyanyi yang akan bersaing adalah Aina Abdul menerusi lagu Puas Sudah, Hafiz Suip (Terus Bersinar), Marsha Milan (Hening Rindi), Ernie Zakri (Aura) dan Nadeera (Bukan Lagi Kita). Turut sama ke AJL39 ialah Amir Masdi (Sengaja), Akim And The Majistret (Saksama), Masdo dan Aishah Aziz (Pujaanku) selain Benzooloo, Ghidd, Meerfly, MK K-Clique dan Tuju (Risiko) serta Hael Husaini (Diam). Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!