PENGANUGERAHAN gelaran Biduanita Negara kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza pada malam Rabu lalu turut memberi kenangan indah buat pengurus penyanyi berkenaan iaitu Rozi Abdul Razak. Sebagai individu bertanggungjawab menguruskan perjalanan karier seninya, Rozi juga menjadi individu pertama dimaklumkan oleh pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya tentang anugerah tersebut. Berkongsi kenangan indah itu, Rozi mengambil masa empat hari merahsiakan berita gembira tersebut sebelum sampai ke telinga Siti. Reaksi spontan Siti mendapat berita gembira. "Apabila saya dihubungi sekitar Oktober lalu, saya terdiam. Saya fikir dalam-dalam dan menyimpan amanah serta kerahsiaan ini. "Saya sendiri tidak tahu kenapa mengambil masa empat hari sebelum memberitahu kepada tuan punya badan (Siti) bakal penerima anugerah khas di Anugerah Seni Negara 2024. "Ketika itu saya dimaklumkan Biduan Negara sebagai nama anugerah dan Siti diwatikahkan sebagai Biduanita Negara," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza penyanyi wanita ketiga terima Anugerah Biduan Negara 2024 ARTIKEL BERKAITAN: Jasa dalam bidang seni melebihi segala-galanya, Aina Abdul anggap Siti Nurhaliza layak bergelar Biduanita Negara Rozi menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Sabtu. Dalam hantaran tersebut dia juga merakamnkan reaksi Siti apabila beliau sendiri membaca sebaris ayat promosi yang memaklumkan dia penerima anugerah. Bagaikan tidak percaya, Siti kemudian bertanya kepada Rozi kesahihan berita berkenaan sebelum mereka berpelukan berkongsi kegembiraan. Terus bekerja, berkarya kerana itulah cinta beliau ROZI ABDUL RAZAK PENGURUS DATUK SERI SITI NURHALIZA Bersyukur dengan anugerah tersebut, Rozi juga memaklumkan dia bersama Siti sudah merancang perjalanan kerjaya sehingga tahun 2026. "Saya bersyukur kerana inilah catatan perjalanan yang tertulis kepada beliau. Tidak ada apa-apa yang berubah kerana sebelum mengetahui beliau mendapat gelaran tersebut, jadual perancangan 2025-2026 beliau sudah terlakar. "Terus bekerja, berkarya kerana itulah cinta beliau," luahnya. Siti ketika menerima Anugerah Biduan Negara. Siti atau Siti Nurhaliza Taruddin, 45, diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Biduan Negara pada pada Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 yang berlangsung pada malam Rabu. Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu juga mencipta sejarah sebagai wanita ketiga menerima gelaran tersebut selepas Allahyarham Puan Sri Saloma pada 1978 dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini (2006). Manakala seorang lagi penerima Anugerah Biduan Negara adalah Allahyarham Tan Sri SM Salim pada 2013. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!