suria

Kecoh barang rumah Vida kena sita, Cik B minta netizen bersabar... Tenang siap kongsi gambar makanan

Cik B akhirnya keluarkan kenyataan.

SELEPAS kecoh kediaman milik usahawan sensasi Datuk Seri Vida disita pada Isnin, anaknya Cik B pula dilihat tenang berdepan situasi berkenaan.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, yang kini berada di Barcelona, Sepanyol meminta orang ramai bersabar dan tidak terlalu bimbang dengan keadaan tersebut.

Dia juga percaya perkara itu akan selesai tidak lama lagi.

cik b 2

Perkongsian Cik B meraih perhatian ramai.

"Korang sabarlah fasal yang kena sita itu. Insya-Allah semua akan okay," katanya ringkas di InstaStory.

Hantaran tersebut turut berlatar belakangkan makanan seolah-olah membuktikan dirinya dalam keadaan tenang.

Sebelum ini, mStar melaporkan beberapa aset rumah milik Vida atau Hasmiza Othman, 53, di Ipoh, Perak terpaksa disita.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Barang rumah Datuk Vida termasuk 4 kereta mewah bakal dilelong, tak bayar hutang lebih RM1 juta

ARTIKEL BERKAITAN: 5 jam sita di rumah Datuk Vida... Pasu bunga, TV dan sofa antara barangan bakal dilelong

Ia ekoran Vida gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan Ah Design Communication sebanyak RM 1,060,285, pada tahun 2018.

Syarikat itu dikatakan telah bekerjasama dengan Vida bagi melakukan pengubahsuaian bangunan pejabat selebriti itu, Vida All Star Studio bertempat di Elite Industrial Park Seksyen 33, Shah Alam.

Semasa proses sitaan, peguam mewakili plaintif iaitu Samir Zainal memaklumkan pihaknya menyita empat buah kereta mewah iaitu dua buah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7.

Selain itu, televisyen jenama Samsung bersaiz 100 inci, televisyen Samsung 85 inci, permainan konsol, set alat muzik, sofa sebanyak 10 unit dan piano berjenama Kawai.

Untitled design (5)

Rundingan yang dilakukan oleh peguam dan pekerja Vida.

Bukan itu sahaja, mereka juga menyita almari sebanyak lapan unit, pasu bunga sebanyak 30 unit, penghawa dingin 15 unit, lukisan eksklusif sebanyak enam unit dan lampu hiasan chandelier.

Kesemua barangan itu tidak dibenarkan dibawa keluar dan jika hutang tersebut tidak dijelaskan, satu acara lelongan akan diadakan iaitu pada 9 Disember depan.

Vida bagaimanapun dilaporkan tiada di banglo itu kerana berada di China.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan