PULAU Pinang tersenarai antara 10 destinasi pantai yang memiliki ciri-ciri terbaik di dunia! Portal International Living juga menyenaraikan Pulau Pinang bersama 21 destinasi yang mempunyai pantai sebagai lokasi berbaloi untuk dilawati atau diduduki selain menjimatkan. ARTIKEL BERKAITAN: Nak melancong ke Bangkok? Ini 6 ‘port’ makanan halal yang anda perlu tahu Menyifatkan Pulau Pinang sebagai pulau tropika kecil di utara Semenanjung Malaysia, majalah itu juga menyebut Pulau Pinang adalah destinasi pilihan utama bagi ekspatriat selama bertahun-tahun. Kepelbagaian budaya dan makanan antara tarikan Pulau Pinang disenaraikan International Living. International Living juga menyebut Pulau Pinang mempunyai segala-galanya daripada pantai, tempat beli-belah, kepelbagaian budaya serta makanan yang enak. "Ia tempat sangat sesuai untuk tinggal kerana terdapat pelbagai budaya serta makanan yang terbaik di seluruh Asia Tenggara. "Berbeza dengan kesibukan Kuala Lumpur, Pulau Pinang hanya mempunyai populasi 700,000 yang kebanyakannya tinggal di sekitar bandaraya George Town. Laporan itu turut memberitahu makanan yang terdapat di negeri itu enak dan selamat buat pelancong, selain harganya yang murah. "Pasangan yang menyewa dan tinggal di Pulau Pinang hanya perlukan AS$1,455 (RM5,982.32) sebulan," tulis artikel itu lagi. Portal itu turut menamakan Salinas di Ecuador, Pedadi (Panama) dan Bocas del Toro (Panama) sebagai tiga destinasi berpantai menarik di dunia. - THE STAR