suria

Suka ambil gambar pemandangan? Ini tip rakam foto cantik dari dalam pesawat

Pemandangan di sebuah bandar yang gambarnya diambil dari dalam pesawat. -foto Kompas/Dok.Gearpatrol

KETIKA menaiki pesawat merupakan masa paling sesuai untuk anda merakamkan pemandangan alam dari udara.

Anda boleh mengambil gambar pemandangan sebuah bandar yang bergemerlapan di malam hari, lanskap pantai atau kawasan pergunungan yang dilitupi salji.

Berikut adalah tip mengambil gambar dengan hasil terbaik ketika anda berada dalam pesawat.

1. Tempah kerusi tepi tingkap

Kerusi di barisan tengah pesawat akan 'mengganggu' gambar pemandangan yang diambil. -foto Kompas

Ini menjadi salah satu modal penting untuk mendapatkan gambar yang baik dari atas pesawat. Kerusi di tepi tingkap menjadikan sudut merakamkan foto lebih luas. Bukan hanya pemandangan kabin tetapi juga pemandangan di luar.

Namun, anda harus berhati-hati kerana menempah kerusi di tepi tingkap adakalanya membuatkan anda terpaksa mengadap pemandangan sayap pesawat. Jadi, pastikan anda tempah tempat duduk sebelah jendela di barisan paling depan atau paling belakang, bukan bahagian tengah.

2. Kaji 'route' pesawat sebelum berlepas

Untuk mendapatkan hasil pemandangan yang maksimum, cubalah kaji sedikit tentang waktu dan arah lapangan terbang yang dituju. Waktu penerbangan dapat memberi bonus sama ada akan akan dapat melihat pemandangan matahari terbit atau terbenam.

Sementara, arah pesawat ke lapangan terbang tujuan dapat memberi maklumat tambahan, arah matahari terbit atau terbenam dan di mana letaknya bandar atau pemandangan menarik. Jadi anda dapat tentukan sama ada patut tempah kerusi di tepi tingkap sebelah kiri atau kanan pesawat.

3. Setting kamera

Jika anda mempunyai sistem stabilisasi di kamera jangan lupa gunakan! Gunakan juga fungsi auto fokus untuk memudahkan kamera merakam fokus gambar. Jangan bimbang dengan tanda calar di tingkap atau sedikit kesan kabur kerana ia boleh disunting secara minimum. Seterusnya, teruskan melakukan eksplorasi dari setiap sudut tingkap untuk mendapat gambar terbaik.

4. Jangan guna 'flash'

Jangan sesekali guna 'flash' ketika membuat rakaman dari dalam pesawat, kerana ia akan mengganggu keselesaan penumpang lain.

5. Hormati hak dan privasi orang lain termasuk kru kabin

Jangan ambil gambar penumpang lain dan kru kabin. Beberapa syarikat penerbangan, khususnya di Amerika mempunyai peraturan melarang gambar penumpang dan kru kabin diambil sesuka hati bagi melindungi hak dan privasi.

Pada 2015 misalnya, syarikat penerbangan American Airlines mengeluarkan peraturan dalaman terhadap petugasnya di darat dan udara supaya menghalang sesiapa pun yang cuba mengambil gambar mereka atau penumpang lain.

United Airlines juga pernah menurunkan jurukamera yang mengambil gambar bahagian TV dan meja atas alasan keselamatan, khususnya pencegahan tindakan teroris. -Kompas

tip, ambil gambar, kabin, pesawat, lanskap

Artikel Lain