suria

Berkhemah kini jadi trend! Jom terokai 5 lokasi menarik campsite... Banyak aktiviti ‘best’ boleh buat, dari kutip durian hingga cabar adrenalin

Pelbagai aktiviti dan program menarik boleh dilakukan sepanjang perkhemahan.

JIKA dahulu aktiviti perkhemahan atau camping hanya diminati oleh golongan pencinta alam dan mereka yang terlibat dengan program jamboree atau kursus kepimpinan.

Namun siapa sangka, lokasi campsite kini semakin mendapat perhatian sebagai lokasi pilihan percutian kebanyakan masyarakat sehingga dijadikan aktiviti wajib pada hujung minggu.

Maka tidak hairanlah banyak lokasi menarik kini menyediakan tapak perkhemahan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas sehingga ada yang ketagih melakukan aktiviti ‘healing’ ini.

Paling menarik, setiap tapak perkhemahan mempunyai keistimewaan tersendiri mengikut geologi kawasan seperti kewujudan sungai, tasik mahupun berlatar belakangkan gunung-ganang.

Bagi anda yang masih tercari-cari idea untuk mengisi jadual hujung minggu atau ingin mencuba sesuatu yang baharu, jom terokai lima ‘wish list’ pilihan mStar ini.

Menikmati pengalaman bermain air di jeram di Water Rafting Sedim.

Menikmati pengalaman bermain air di jeram di Water Rafting Sedim.

1. Water Rafting Sedim

Sebut sahaja aktiviti perkhemahan, anda pasti terbayang pelbagai aktiviti yang mencabar adrenalin kan?

Bagi yang ingin mencari kelainan dan mencuba aktiviti lasak, ayuh ke destinasi ini dan mencuba sendiri pengalaman bermain air di jeram sambil menikmati kesegaran alam semula jadi.

Untuk newbie yang masih belum mengetahui peralatan perkhemahan, anda boleh saja menyewa khemah yang disediakan oleh pemilik tapak-tapak perkhemahan yang terdapat di sekitar Sungai Sedim dengan kapasiti muatan sehingga lapan orang.

Pastikan percutian hujung minggu anda terisi dengan aktiviti menarik seperti water rafting, pemanduan kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV), paintball, night walk serta mengunjungi Tree Top Walk Sungai Sedim yang merupakan kanopi hutan hujan yang terpanjang di dunia iaitu dengan 925 meter panjang dan dengan ketinggian 26 meter dari paras tanah.

Paling penting, anda tidak perlu bersusah payah memikul beban bahan mentah kerana makanan turut termasuk dalam pakej yang ditawarkan. Pilih sahaja pakej yang menepati cita rasa anda.

Alamat: Kampung Ulu Riau, Sungai Sedim, Kedah

Hubungi: 019-4546485 (Rapid Fire)

D’Tepian Sungai Campsite Hulu Langat menawarkan privasi kepada para pengunjung.

D’Tepian Sungai Campsite Hulu Langat menawarkan privasi kepada para pengunjung.

2. D’Tepian Sungai Campsite Hulu Langat

Terletak kira-kira 30 minit dari bandaraya Kuala Lumpur, D’Tepian Sungai Campsite Hulu Langat tidak asing lagi dalam kalangan camper dan sering menjadi pilihan utama warga kota yang ingin lari daripada kesesakan bandar.

Merupakan lokasi persendirian, tapak perkhemahan ini menawarkan ruang privasi kepada pengunjung yang inginkan ketenangan tanpa perlu bersesak dengan pengunjung yang ramai.

Selain memasang khemah, anda juga boleh menempah chalet mahupun dorm yang memuatkan sehingga 30 orang pada satu masa.

Bukan sahaja mesra kanak-kanak, bahkan geng kaki pancing juga boleh menghabiskan masa di lokasi ini dan mencuba pelbagai teknik serta mencabar diri untuk mendapatkan ikan sungai.

Turut tersedia di sekitar kawasan adalah kedai makan dan kedai runcit yang pastinya memudahkan urusan setiap pengunjung.

Alamat: Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor

Hubungi: 014-3977751

Berada di kaki bukit dan kawasan pergunungan, pengunjung dapat menikmati panorama indah di Jeram Rekreasi Sungai Talan.

Berada di kaki bukit dan kawasan pergunungan, pengunjung dapat menikmati panorama indah di Jeram Rekreasi Sungai Talan.

3. Jeram Rekreasi Sungai Talan, Kg Bintongan

Tidak lengkap persinggahan anda ke Rembau, Negeri Sembilan sekiranya tidak mengunjungi lokasi air terjun terkemuka yang penuh dengan kisah sejarah.

Meskipun lokasi ini terkenal sebagai tempat riadah dan perkhemahan awam, namun destinasi tarikan pelancongan berskala kecil ini lengkap dengan pelbagai kemudahan asas dan masih kekal terpelihara.

Apa yang lagi menarik, Jeram Rekreasi Sungai Talan mempunyai beberapa kawasan tarikan tempat mandi dan berkelah bermula dengan lubuk sungai di hadapan tapak perkhemahan, lubuk gangsa, batu asah, lubuk talan, lubuk kuali, lubuk panjang dan lubuk seratus.

Pengunjung boleh memilih port impian untuk berkelah dan melakukan pelbagai aktiviti outdoor.

Jika terus menyusuri Sungai Talan, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan Jeram Gunung Pasir di Kuala Pilah yang pastinya menyajikan suasana yang mengasyikkan.

Berada di kaki bukit dan kawasan pergunungan, destinasi mesra kanak-kanak ini pastinya menawarkan panorama indah di samping suasana yang mendamaikan.

Alamat: Kg Bintongan Rembau, Negeri Sembilan

Hubungi: 019-9448244

Makan malam ala barbeque pastinya menjadi aktiviti wajib untuk perkhemahan di Inap Desa D Lata Saya.

Makan malam ala barbeque pastinya menjadi aktiviti wajib untuk perkhemahan di Inap Desa D Lata Saya.

4. Inap Desa D’ Lata Saya

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan alam semula jadi, bolehlah cuba bermalam di Inap Desa terlebih dahulu di mana jenis penginapan yang ditawarkan adalah chalet ala rumah kampung dan menikmati suasana makan malam atau barbeque sambil diterangi cahaya bulan.

Apa yang menarik, destinasi ini bukan sahaja menjanjikan suasana seperti di kampung halaman, malah pengunjung berpeluang untuk menyegarkan diri di terusan air sungai jernih sama ada pada waktu siang mahupun di sebelah malam.

Sekiranya anda berkunjung ketika musim durian, anda berpeluang merasai pengalaman menunggu buah durian luruh dan menyuluh untuk mengutipnya di waktu malam.

Waktu yang tersisa pula boleh digunakan untuk bersiar-siar di sekitar kebun buah-buahan. Pastikan timbang terlebih dahulu sebelum menikmatinya ya!

Ruang halaman yang luas juga membolehkan anda merancang pelbagai jenis aktiviti riadah bersama keluarga tercinta seperti program hari keluarga.

Alamat: Kg Pantai Besar Baru Kurau, Perak

Hubungi: 013-4302461

Tarikan di Jiwa Camp adalah menawarkan empat karakter berbeza mengikut kesesuaian dan cita rasa pengunjung.

Tarikan di Jiwa Camp adalah menawarkan empat karakter berbeza mengikut kesesuaian dan cita rasa pengunjung.

5. Jiwa Camp Air Terjun Sungai Pandan

Bagi anda pencinta aktiviti outdoor dan mendambakan pengalaman perkhemahan keluarga, Jiwacamp - Air Terjun Sungai Pandan adalah pilihan yang ideal.

Dengan lokasi hanya 300 meter dari Air Terjun Sungai Pandan serta 47 tapak perkhemahan yang sesuai untuk pelbagai kategori ‘camper’, sama ada bersama keluarga, solo, atau mencari pengalaman yang lebih mencabar.

Jiwacamp juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang menjamin keselesaan pengunjung seperti tempat parkir, bilik mandi dan tandas yang selesa.

Walaupun liputan rangkaian telekomunikasi mungkin agak terhad di sesetengah kawasan, ini memberikan peluang untuk anda menghabiskan masa ‘bonding’ yang lebih berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan, tanpa gangguan teknologi.

Dari segi keselamatan, jangan risau, tebing-tebing di sepanjang tapak perkhemahan telah ditambak tinggi untuk mengurangkan risiko banjir atau kepala air.

Dengan semua ciri-ciri ini, Jiwacamp - Air Terjun Sungai Pandan adalah destinasi yang sempurna untuk mereka yang ingin menikmati alam semula jadi dengan tenang dan selamat.

Sama ada anda seorang pemula atau camper berpengalaman, Jiwacamp pasti menawarkan pengalaman berharga.

Alamat: Jalan Sungai Pandan, Panching, Kuantan, Pahang

Hubungi: 018-9235133

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan