suria

Rupanya ada banyak ‘hidden gem’ di Pattaya... Ini 5 tempat wajib dikunjungi selain pasar terapung!

Pattaya mempunyai daya tarikan yang tersendiri.

SEBUT sahaja tentang melancong ke Thailand, pasti anda terbayangkan floating market (pasar terapung), pesta air dan juga makanan laut yang segar.

Tapi hakikatnya banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan ketika menjejakkan kaki ke negara Gajah Putih ini.

Tappia Floating merupakan antara restoran yang paling banyak dikunjungi pelancong.

Sebenarnya, selain daripada tertumpu kepada Krabi, Hatyai dan juga Bangkok, Thailand juga mempunyai hidden gem iaitu Pattaya.

Rupa-rupanya, Pattaya mempunyai banyak tempat menarik yang anda semua perlu kunjungi.

Tiket dijual pada harga RM50 untuk masuk ke dalam muzium.

1. Muzium Sanctuary Of Truth

Sanctuary of Truth merupakan sebuah muzium yang dibina daripada kayu jati dengan dihiasi ukiran dibuat sendiri menggunakan tangan.

Dengan harga serendah RM50, anda sudah boleh membeli tiket untuk masuk ke dalam muzium sebesar 2,115 meter kaki persegi ini.

Jika anda rasa letih berjalan kaki mengelilingi muzium tersebut, mereka ada menyediakan bot, gajah dan juga kuda.

Pasar terapung antara tarikan popular di Thailand.

2. Pattaya Floating Market

Biasanya orang Malaysia gemar berkunjung ke Hatyai untuk merasai pengalaman membeli di pasar terapung.

Namun, Pattaya juga mempunyai tarikan sama yang patut dikunjungi sekiranya anda berpeluang ke Thailand.

Bukan sahaja menjual aneka makanan, pasar terapung ini turut menawarkan cenderamata, pakaian, aksesori fesyen serta pelbagai item lain.

Taman ini dihiasi dengan replika dinosaur.

3. Nong Nooch Tropical Botanical Garden

Di tempat ini, anda tidak cukup meluangkan masa hanya sejam dua, namun memerlukan separuh hari untuk meneroka keseluruhan tarikannya.

Di situ anda boleh berkunjung ke Kebun Kaktus, Kebun Perancis, ribuan replika dinosaur dan juga pelbagai lagi.

Kesemua itu anda boleh nikmati dengan harga serendah RM60 sahaja untuk melihat salah satu taman tercantik di dunia.

Aktiviti bermain di dalam air boleh dilakukan di Pattaya.

4. Columbia Pictures Aquaverse

Bagi siapa yang mahu merasakan kelainan semasa melancong di Pattaya, anda juga boleh pergi ke taman tema Columbia Pictures Aquaverse ini.

Bukan taman tema air semata-mata, di sini anda juga boleh bermain paintball versi air, go-kart dan juga pelbagai permainan air.

Keindahan pulau di Koh Larn boleh dinikmati pengunjung yang datang ke Pattaya.

5. Koh Larn

Kalau sudah rasa bosan asyik berjalan dan beli-belah di Pattaya, anda boleh berkunjung pula ke pulau kecil bernama Koh Larn.

Banyak aktiviti menyeronokkan disediakan antaranya jet ski, sea walker, parasailing, snorkeling dan pelbagai lagi.

Kalau rasa nak dapatkan pemandangan yang lebih cantik, anda boleh sewa motosikal untuk naik ke Nabaan iaitu tempat yang cantik untuk lihat Pulau Koh Larn.

Merupakan kedai serbaneka terbesar di dunia.

6. 7 Eleven Pattaya

Kalau dah tiba di Pattaya, jangan lupa singgah di 7-Eleven terbesar di dunia ini!

Baru sahaja beroperasi pada 2023, pasar raya 7-Eleven ini terdapat banyak barang dan juga makanan yang anda cari di Thailand.

Uniknya, 7-Eleven terbesar ini direka menjadi bentuk bot. Jadi anda akan berasa seperti berada di atas kapal. Seronok!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain