SEBUT sahaja wagyu, selain terbayangkan keenakan daging premium itu, fikiran anda juga pasti dihantui hakikat bahawa ia tidak murah untuk dinikmati. Bagaikan menjadi satu kelaziman, jika mempunyai bajet yang nipis, baik lupakan sahaja hasrat anda untuk menikmati wagyu. Tapi sampai bila? Kini soal harga tidak lagi menjadi kebuntuan utama untuk anda menikmati hidangan itu. Bagaimana caranya? Tentulah di restoran popular, Tony Roma’s yang baru sahaja memperkenalkan seleksi menu wagyu mampu milik, bermula bulan ini. Dengan empat menu utama dan dua sajian pencuci mulut, harga yang ditawarkan sangat berpatutan, jauh berbeza berbanding hidangan wagyu di restoran lain. Baru-baru ini, mStar Online sempat merasai sendiri kesemua menu itu dan apa yang dapat disimpulkan, rasa yang ditawarkan cukup menggoda deria rasa. Burger Wagyu dengan harga RM55 sahaja. Manakan tidak, selain disediakan secara konvensional dalam betuk stik, mereka turut menawarkan ‘twist’ berbeza untuk hidangan itu. Menurut Pengarah Pemasaran Kanan Tony Roma's, Salleh Haron, pihaknya mahu membawa kelainan dalam hidangan wagyu dan enggan ia dikaitkan dengan cara biasa sahaja. "Kami sediakan wagyu dan buat inovasi dalam pelbagai bentuk juadah berbeza, jadi semua orang boleh menikmatinya. "Apabila buat stik, harganya agak tinggi. Apabila kita buat burger wagyu misalnya, anda boleh merasainya dengan harga serendah RM55 sahaja," katanya. Lihatlah bagaimana daging yang dimasak lembut dan keenakan rasanya yang penuh 'juicy' dan lazat. Untuk penggemar stik, ada dua pilihan untuk anda iaitu Wagyu NY Strip dan Wagyu Ribeye. Sesuai dengan kualiti daging, rasa dan sentuhan magis Tony Roma's, dua hidangan ini boleh dinikmati dengan harga RM164.05. Bercerita soal rasa, daging yang dimasak lembut itu bagaikan cair tatkala ia masuk ke mulut anda. Hidangan ringkas Flatbread dengan Wagyu pada harga RM55. Bagi yang mahu hidangan ringkas sambil bersantai dengan teman, anda patut mencuba hidangan Flatbread dengan wagyu yang dihias diatasnya. Hidangan ringkas ini cukup sesuai untuk mereka yang tidak mahu menjamah hidangan berat. Cukup enak ditambah dengan kesegaran rasa lobak segar diatasnya. Menjadi pelengkap tentunya dua pencuci mulut yang baru diperkenalkan iaitu Premium Carrot Walnut dan Rich Double Chocolate Treat. Paling menarik tentunya lobak segar yang diparut di atas kek sekaligus membangkitkan rasa berbeza dalam hidangan itu. Dua pencuci mulut ini ditawarkan pada harga serendah RM12 sahaja. Selain empat hidangan utama dan dua pencuci mulut, mereka turut menawarkan seleksi minuman seperti Peach Sunset, Fruits Tale, dan Pomegranate Pop dengan harga RM19.80.