suria

Jaya Grocer GrabMart tawar Jualan Rahmah sambut seruan kerajaan! Belanja RM18 boleh pesan 3 hidangan dengan Pakej Rahmah melalui GrabFood

Kos sara hidup semakin meningkat berikutan lonjakan harga barang.

KOS sara hidup yang meningkat seiring dengan lonjakan harga barang berbanding purata gaji membuatkan kehidupan kebanyakan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 terbeban.

Disebabkan itu, ramai yang terpaksa ‘ikat perut’ bagi memastikan kelangsungan hidup.

Bagi menyahut seruan kerajaan bagi membantu mengurangkan beban rakyat dan kos sara hidup, Grab Malaysia serta pasar raya terkemuka Jaya Grocer tampil dengan pakej dan jualan rahmah.

Inisiatif di bawah Payung Rahmah itu dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

6

Program yang sedang berlangsung ini bukan sahaja mengembalikan kuasa membeli rakyat Malaysia tetapi membolehkan mereka menikmati hidangan dan membeli barangan runcit pada harga mampu milik.

Secara tidak langsung ia dapat merangsang ekonomi domestik apabila literasi kewangan berlaku.

Dapatkan tiga jenis hidangan untuk anda dan keluarga atau seisi keluarga pada harga serendah RM18 menerusi pembelian di GrabFood bermula sekarang sehingga 31 Ogos nanti.

4

Saiz tempahan sesuai untuk dikongsi sehingga empat individu termasuk anak-anak.

Dengan pesanan tiga menu terpilih, pelanggan juga boleh menikmati diskaun sebanyak 20 peratus, sekali gus menjadikan harganya lebih menjimatkan.

Anda boleh mendapatkannya di restoran dan kedai makan berikut:

-Bayu Sorey

-Restoran Nasi Kerabu Keramat

-Bungkus Kaw Kaw

-Sate Rono

-Restoran SK Maju SS2

-Dapur Riuh Che Ta

-Hotplate Sizzling Bajet Langat

-Pok Nik Nasi Kukus Ayam Kampung

-Pak Ku Char Kuey Teow

-Lagenda Malaya Cafe dan banyak lagi restoran yang anda boleh pesan di GrabFood

3

Bagi anda yang inginkan lebih penjimatan daripada inisiatif ini bolehlah membeli barangan runcit pada harga mampu milik di Jaya Grocer melalui aplikasi GrabMart.

2

Program yang berlangsung sehingga 31 Ogos ini menawarkan diskaun sehingga 30 peratus kepada rakyat Malaysia di bawah skim Jualan Rahmah.

Jadi apa tunggu lagi, dapatkan hidangan terbaik dan barangan keperluan anda menerusi Pakej Rahmah dan Jualan Rahmah di GrabFood dan Jualan Rahmah di GrabMart Jaya Grocer, di aplikasi Grab sekarang!

Order sahaja dan tunggu barangan dihantar terus ke depan pintu rumah. Anda bukan sahaja jimat minyak malah jimat masa serta tidak perlu bersusah payah di dalam kesesakan lalu lintas.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Pakej Rahmah dan Jualan Rahmah ini.

1

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain