suria

Ben Amir harap bakal suami Mira Filzah izin berlakon - “Kami ada chemistry yang baik!”

SELEPAS kejayaan drama Sweet Dreams, pelakon Ben Amir mengakui popularitinya sedikit menurun berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di Malaysia.

Menurut Ben, sebagai anak seni dia menyedari akan ada turun naik dan kini sedang mempersiapkan diri untuk kembali aktif dalam bidang lakonan.

“Alhamdulillah selepas kejayaan tahun lepas... graf naik tapi sebab PKP, jatuh sikit. Tapi tak apa sebab sebagai pelakon ada turun naik... namun apabila dah jatuh kena naik balik.

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah, Ben Amir nampak serasi bersama! Ini 10 perkara yang ramai tak tahu tentang hero 'Sweet Dreams'

“Sekarang ni masa untuk pemulihan selepas enam bulan tak berlakon, ” katanya ketika ditemui semasa majlis tayangan perdana filem Aku, Bunga.

Sementara itu, Ben turut gembira apabila mengetahui pelakon gandingannya dalam drama Sweet Dreams iaitu Mira Filzah akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

“Saya seronok dia nak kahwin, harap lepas ni dapat berlakon lagi dan suami izinkan... saya selesa berlakon dengan dia.

“Tentang jodoh? Saya lambat lagi... dalam dua, tiga tahun lagi. Bagi betul-betul stabil, calon pun tak ada. Tengah kenal-kenal, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ben Amir, Mira Filzah, sweet dreams


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi