suria

Gadis Kuantan cerita kejadian sebenar insiden terperangkap dalam mall, gelap dan sunyi sepi macam berhantu!

PERTAMA kali menghasilkan kandungan video seram, gadis bernama Nurhayati Tahir dari Kuantan, Pahang ini tidak menyangka ia menerima lebih empat juta tontonan di TikTok.

Menurut Nurhayati, 30 atau mesra disapa Yatt, idea untuk menghasilkan kandungan video seram berbentuk point of view atau POV itu tercetus kerana dia meminati dengan cerita-cerita bergenre seram.

“Saya ni memang jenis yang suka tengok cerita-cerita seram."

“Hakikatnya saya sebenarnya penakut tapi suka tengok cerita yang orang kata nampak seram, cerita hantu macam tu,” Katanya kepada mStar.

Yatt yang merupakan content creator di bawah syarikat Rocketfuel Entertainment juga berasa terkejut dengan jumlah tontonan pada video seram tersebut.

“Bagi mereka dah lama follow saya pasti tahu saya memang suka buat content.

“Tapi kali ni memang tak expect langsung kalau content tu boleh cecah empat juta lebih dalam masa beberapa hari,” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi