suria

Mentua sangsi bakal menantu tabligh jenis pengotor tak mandi, isteri cuba betulkan persepsi... Hidup tak susah tapi pilih bersederhana

MAHU mengubah perspektif masyarakat mengenai jemaah tabligh, wanita bernama Farah sering berkongsi tentang kehidupannya menjadi isteri anggota golongan itu di Facebook miliknya.

Cerita Farah atau Siti Farah Ab Fathah, 32, dia memuat naik posting sebegitu kerana keluarganya sendiri menganggap jemaah tabligh ini mengabaikan keluarga semasa keluar berdakwah.

“Kenapa saya posting benda tu sebab family saya pun pandang tabligh ni sering tinggalkan dan abai anak dan isteri.

“Sebelum saya kahwin pun sampai ada orang cakap kat mak saya orang tabligh ni tak mandi... sampai mak saya tanya Hafidz ni mandi tak?

“Saya macam terkejut soalan tu boleh keluar daripada mak saya,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Farah dan suami, Mohamad Hafidz Abd Halim, 40, berkahwin pada Julai 2017 dan sudah dikurniakan empat cahaya mata.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi