suria

Terharu tengok foto kahwin pasangan duda dan janda, anak-anak ‘sporting’ jadi pengapit… Ini cerita sebenar sebelum ijab kabul

KEGAGALAN dalam perkahwinan sebelum ini tidak memutuskan impian untuk membina sebuah keluarga bahagia.

Bagi Anis Adila Mukhtar, 36, dan suaminya Muhammad Suhaimi, 27, keruntuhan rumah tangga dengan pasangan masing-masing sebelum ini sudah pasti dijadikan ikhbar.

Kata Anis yang sudah dua kali gagal dalam alam rumah tangga sebelum ini, dia berharap perkahwinan dengan Suhaimi dapat memberi kebahagian untuknya dan lima orang anaknya.

“Kami berkenalan di Facebook. Kami tak pernah jumpa dalam tempoh empat bulan pertama kerana PKP, hanya berbual menggunakan panggilan video.

“Kemudian dia beranikan diri bertemu keluarga saya. Paling menarik anak-anak pun terima dia, kali pertama jumpa terus panggil dia abah.

“Anak-anak dia pun terus panggil saya ibu, syukur Allah aturkan jalan yang cantik untuk kami,” katanya kepada mStar.

Adila dan suami Suhaimi selamat diijabkabulkan pada 18 Februari lalu di Masjid Ar-Rahman, Kg Derdap Guntung, Kelantan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi