suria

Pemuda Terengganu ini buktikan lelaki setia masih wujud, tak tinggal bakal isteri... Wajah penuh luka tetap sayang

LIMA hari sebelum majlis pernikahan, gadis bernama Mahirah diuji apabila terlibat dalam kemalangan motosikal hingga sebahagian besar wajahnya mengalami luka.

Menurut Mahirah atau Nur Alifah Mahirah Burkhari, 20, dia bersyukur apabila suaminya Ahmad Fakhrullah Mat Zaki, 22, tetap setia dan sanggup memperisterikannya.

“Saya selalu berdoa agar dijodohkan dengan lelaki yang baik-baik. Alhamdulillah Allah makbulkan.

“Dia tetap mengahwini saya walaupun keadaan saya luka-luka,” katanya kepada mStar.

Kisah ujian pasangan ini tular di TikTok selepas Fakhrullah berkongsi video keadaan Mahirah akibat kemalangan.

Rata-rata berharap agar pemuda dari Terengganu ini tetapkan hati untuk memperisterikan gadis yang dikenalinya sejak di bangku sekolah lagi.

Untuk rekod kemalangan tersebut berlaku pada 17 Februari lalu dan mereka selamat diijabkabulkan pada 22 Februari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi