suria

Bukan senang jadi ibu bekerjaya, Feeya Iskandar stres kalau anak jatuh sakit… “Kadang-kadang bertukar hulk juga”

PENYAMPAI radio Suria FM, Feeya Iskandar mengakui cabaran terbesar menjadi seorang ibu apabila perlu berdepan kerenah anak-anak yang sedang sakit.

Kata Feeya juga dikenali sebagai Cik Piah, baru-baru ini dua orang anak lelakinya iaitu Adam Malique, 6, dan Nur Aryyan, 5, dijangkiti influenza A.

Menguruskan anak yang sakit bukan mudah kerana dalam masa sama dia mempunyai kerjaya tetap sebagai penyampai.

“Saya nak nasihat orang pun rasa seperti tidak layak kerana kadang-kadang diri sendiri pun macam jadi Hulk.

“Kita akan selalu rasa stres dan penat, tapi ini momen-momen yang sebenarnya seronok apabila tengok anak membesar.

“Bagi Cik Piah, sebagai ibu bapa, kita perlu banyak bersabar. Nak menjaga dan mendidik anak bukanlah semudah seperti nak membuat anak,” katanya kepada mStar.

Cik Piah juga berkongsi bahawa dia dikelilingi rakan sekerja yang memahami dan sentiasa menetapkan jadual harian supaya dapat uruskan keluarga dengan lebih baik.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Feeya Iskandar, Cik Piah, Suria FM


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi