suria

“Dah tua-tua pun main TikTok” - Mak Wan Latah bukan menari pun, hanya cari kawan dan tengok video agama

USIA yang sudah mencecah 62 tahun tidak menghalang pelakon veteran Mak Wan Latah berjinak-jinak di platform media sosial Tiktok.

Jelas Mak Wan atau Halimatussa'adiah Mohd Daud, tujuannya menggunakan aplikasi itu hanyalah semata-mata mengisi waktu lapang memandangkan ketika ini dia tidak mempunyai tawaran berlakon.

Pun begitu kata dramatis berkenaan, ada segelintir yang kurang senang dengan tindakannya itu kerana merasakan usianya sekarang tidak sesuai bergiat aktif di Tiktok yang kebanyakannya digunakan golongan muda.

"Saya ada buat video live di TikTok tapi segelintir netizen kecam saya kata dah tua pun main Tiktok.

"Jadi saya nak buat apa sekarang ini pun dah tak boleh, sebab ada sahaja yang akan mengata walhal saya aktif di TikTok bagi mengisi masa lapang selain menonton dan berkongsi video berkaitan agama," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi