suria

Hampir 10 tahun tinggal dengan mentua, Marsha tak terfikir nak pindah... “Ada je ruang privasi di rumah tu”

HAMPIR 10 tahun menetap bersama keluarga mentua, penyanyi Marsha Milan memberitahu dia dan suami belum terfikir untuk tinggal berasingan.

Kata Masha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 39, ini kerana dia selesa untuk terus duduk serumah bersama keluarga mentua.

“Bila tinggal dengan keluarga mentua memang akan ada waktu macam kenapa itu dan ini tapi saya pandai uruskan diri, tak selalu sangat di rumah malah keluarga mentua juga selalu beri sokongan serta memahami.

“Keserasian tu sangat seronok malah bagus juga ada mereka (keluarga mentua) sebab saya selalu sibuk balik waktu Subuh jadi rasa selamat bila ada keluarga tolong tengok suami.

“Untuk duduk berasingan selepas ini belum tahu lagi sebab sekarang ini saya bahagia dengan apa yang ada, kalau keluarga bertambah tak tahu la akan datang nanti macam mana,” kata Marsha kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi