suria

Ebby Yus tetap semangat walau kena dialisis 3 kali sehari, perlu pemindahan buah pinggang

SUSULAN masalah kesihatan dihadapi, pelakon Ebby Yus terbuka jika terdapat mana-mana individu mahu mendermakan buah pinggang kepadanya.

Kata Ebby, 59, penyakit buah pinggang dihidapinya sudah memasuki tahap kronik dan pemindahan organ dapat menyelamatkan nyawanya.

Ketika ini juga kata Ebby, dia perlu melakukan rawatan dialisis air sebanyak tiga kali sehari di hospital.

“Saya tidak pernah terfikir mencari penderma buah pinggang tetapi dalam keadaan sekarang ini, memang perlukan penderma buah pinggang namun tidak pula saya meminta-minta.

“Seandainya ada rezeki, saya terima sahaja. Kalau ada yang betul-betul nak bagi, takkan saya nak tolak. Insya-Allah saya terima. Kalau tiada, tidak mengapa. Saya berserah,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Ebby menegaskan prinsip enggan menyusahkan orang ramai yang ingin memberikan sumbangan kewangan kepadanya.

“Saya punya prinsip, kalau boleh memang tidak mahu libatkan orang lain tentang masalah saya. Bagi saya tidak perlu (sumbangan) sebab saya masih ada benda lagi yang boleh dijual.

“Namun, kalau ada di belakang saya yang mereka nak buat (kutip derma), terserah kepada mereka,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi