suria

Ikut jejak langkah dalam bidang seni, pendidikan anak-anak keutamaan Shahz Jaszle

DUA anak pelakon Shahz Jaszle nampaknya mengikut jejak langkah bapa mereka apabila mula menceburkan diri dalam bidang seni.

Enggan anak-anak mengikut jejak langkahnya, Shahz atau Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin, 36, bagaimanapun tidak mahu menghalang minat dan bakat dimiliki anak-anaknya iaitu Alana Jasmeen, 9 dan Ayden Jasreen, 7 tahun.

"Alana sudah mula berlakon manakala Ayden mengikut jejak langkah ibunya sebagai model.

"Sebagai bapa sudah tentu saya mahu anak-anak jadi doktor atau juruterbang dan tidak jadi macam saya. Tapi ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?

"Saya beritahu isteri, tidak mengapa ikutlah apa yang mereka suka," katanya kepada mStar.

Pun begitu kata Shahz, dia tetapi menitikberatkan soal pendidikan anak-anak dan karier dalam bidang seni hanya sekadar hobi di masa lapang.

"Saya sokong hobi mereka dalam bidang seni tapi pelajaran sangat penting. Itu keutamaan mereka," jelasnya.

Untuk rekod, Shahz mendirikan rumah tangga dengan Nur Hanis Husna Mohd Nadzree, 29, pada 2015.

Selain Alana dan Ayden, pasangan itu turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Aurora Jane yang baru berusia lima bulan.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi