suria

Anak menangis rindu... Ako Mustapha pilih kerja belakang tabir dapat lebih masa bersama keluarga

PELAKON Ako Mustapha sanggup melepaskan watak utama dan tidak mengambil tterlalu banyak tawaran lakonan hanya kerana mahu meluangkan masa bersama keluarga.

Jelas Ako atau Muhaizad Ahmad Mustapha, 54, keputusan drastik yang dilakukan itu juga menyebabkan pendapatannya agak merosot dan tidak stabil.

“Sebelum ini saya terlalu sibuk. Semasa awal saya kahwin dan dapat anak, saya tidak nampak dia. Ini kerana saya kena sarapan di set penggambaran manakala balik pula sudah lewat malam. Hanya nampak mereka di katil sahaja.

“Anak saya sampai menangis dan meraung bila saya tiada. Sehinggakan ibu dia kena balut dengan baju yang ada bau saya dan gantung gambar muka di buaian, barulah dia (anak) boleh tidur.

“Jadi ketika itu, saya ambil keputusan untuk tukar kehidupan saya,” katanya kepada mStar.

Tambah Ako, dia ketika ini lebih gembira untuk bekerja di belakang tabir hanya disebabkan mempunyai masa yang lebih bersama keluarga.

Dalam perkembangan lain, Ako merupakan salah seorang pelakon dalam drama Din Tiger arahan Datuk Afdlin Shauki.

Cerita yang berkisahkan jenayah scam itu turut dilakonkan oleh Aaron Aziz, Tony Eusoff, Adam Corrie, Nina Juren, Mia Sara Shauki dan ramai lagi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi