suria

Azlan Komeng dah boleh berdiri, syukur tidak lumpuh... Hasil ikhtiar rawatan tradisional

PELAKON Azlan Komeng bersyukur keadaan dirinya kini sudah pulih dan mampu untuk berdiri serta memandu seperti biasa selepas terlibat kemalangan jalan raya pada Oktober tahun lalu.

Berkongsi perkara itu Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 48, berkata semuanya berlaku disebabkan atas usaha isterinya Nur Nilam Ortiz yang tidak putus asa merawatnya termasuklah ikthiar menggunakan cata tradisional.

“Saya sudah boleh berdiri dan boleh berjalan malah mampu lakukan kerja rumah sikit-sikit, untuk kesihatan pula okay cuma masih dalam tempoh pemulihan untuk kuatkan serta lancarkan pergerakkan.

“Saya boleh berdiri ni mengambil masa dua minggu lebih saja, kalau ikutkan doktor memang 30 peratus saja boleh sembuh sebab saya kena dibahagian urat saraf kan, walaupun beberapa bahagian lutut kiri rasa kebas tapi dengan usaha guna minyak herba Alhamdulilah boleh berjalan,” kata Azlan mStar.

Meskipun sudah pulih, namun Azlan memberitahu dia masih mengalami trauma terutamanya untuk memandu buat masa ini.

“Trauma tu memang masih ada sebenarnya sebab baru-baru ini bila saya memandu ada kereta yang pandu ada tiga kejadian hampir sama berulang apabila kereta tersebut masuk salah lorong, jadi saya minta orang lain pandu berhati-hati ya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azlan dan isterinya kini sedang sibuk menguruskan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual minyak herba Nilam dan sos ketumbar hijau secara langsung di TikTok bagi menampung kos pembelajaan seharian mereka.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi