suria

Kesusahan artis veteran jadi pedoman, Muaz Zabir kerja keras simpan duit untuk hari tua

MEMIKIRKAN hari tua mendatang, pelakon Muaz Zabir berkata dia kini dalam fasa bekerja keras bagi memastikan mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung kehidupannya.

Disebabkan itu, Muaz, 28, berkata dia menerima apa sahaja tawaran kerja meskipun jumlah bayarannya kecil.

“Saya sekarang ini kerja ‘back to back’ untuk kumpul duit dan memastikan simpanan saya cukup untuk digunakan pada hari-hari tua.

“Ambil iktibar terhadap apa yang berlaku dengan nasib beberapa artis veteran, saya tak mahu meminta sumbangan atau bantuan disebabkan tidak mempunyai wang yang cukup nanti.

“Selagi saya mampu kerja di usia muda, saya akan kerja sehabis baik. Tidak kisah ‘job’ itu kecil atau besar, saya terima sahaja. Sekurangnya ada juga ‘income’ untuk saya membayar komitmen dan tabung simpanan,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Muaz akan tampil dalam satu drama arahan Erma Fatima di slot Ramadan Raya pada tahun depan.

Drama sebanyak 30 episod itu turun dilakonkan oleh Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Izara Aishah, Puteri Balqis, Amir Ahnaf dan ramai lagi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi