suria

Tak sedar menyanyi sampai panjat tiang, Asfan Shah tutup telinga netizen samakan seperti beruk

GARA-GARA menyanyi sambil memanjat tiang sewaktu persembahan sambutan ambang tahun baharu 2025, penyanyi Asfan Shah menerima kecaman netizen.

Ada segelintir yang berasa kurang senang melihat aksi berkenaan, lebih-lebih lagi dia kini dikenali sebagai selebriti yang sudah berhijrah.

Mengulas perkara itu, Asfan atau Norasfan Shah Rudin, 40, berkata, dia tidak menyedari perkara itu meninggalkan impak negatif terhadap dirinya kerana niatnya hanya ingin menghiburkan penonton pada malam tersebut.

“Mengenai panjat tiang tu memang tiada dalam perancangan awal sebab mungkin terlalu teruja konsert sambutan tahun baru, secara tidak sengaja memanjat tiang tu dan pihak penganjur pun tak tahu.

“Lepas turun tiang baru sedar apa yang saya lakukan, biasalah bila lakukan perkara macam ni pasti penerimaannya kena bersiap sedia orang cakap macam-macam dan panggil saya ‘beruk’ tapi saya okay saja.

“Niat memang nak hiburkan orang sebab penonton yang hadir memang lain macam, soal dalam rakan-rakan jemaah tabliqh semuanya okay cuma mereka nasihat kalau boleh jangan panjat lagi sebab tak sesuai dengan imej serta usaha agama yang sedang lakukan,” kata Asfan kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi