suria

Rosyam Nor tak sampai hati nak saman, pemfitnah kerja ‘security guard’ tinggal pedalaman

PELAKON dan penerbit Datuk Rosyam Nor masih mempertimbangkan tindakan saman kepada beberapa individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah mengaitkan dirinya dengan isu rumah tangga Fattah Amin dan Nur Fazura.

Kata Rosyam atau nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin, 57, ini kerana ada individu yang dikesan itu tinggal di kawaan pendalaman yang tidak mengetahui isu semasa dan kesahihan sesuatu berita.

"Kes itu masih dalam proses, ada yang menangis hubungi saya minta maaf, ada di antara mereka yang kerja sebagai pengawal keselamatan sahaja.

"Saya belum memaafkan mereka, masih dalam perbincangan dengan peguam. Saya 50-50 kerana masih ada rasa simpati sebab mereka duduk di pendalaman, orang kampung yang tidak tahu menahu sekadar forward sahaja,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Rosyam membuat laporan polis terhadap beberapa pengendali 'fanpage' yang menggunakan tajuk kononnya dia pernah menasihati Fattah berhubung sikap isteri aktor terbabit.

Dalam perkembangan lain, Rosyam akan tampil dalam satu drama arahan Erma Fatima di slot Ramadan Raya pada tahun depan.

Drama sebanyak 30 episod itu turun dilakonkan oleh Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Izara Aishah, Puteri Balqis, Muaz Zabir, Amir Ahnaf dan ramai lagi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi