suria

Makin cantik sampai netizen samakan seperti Megan Fox... Puteri Balqis tetap nampak wajah ibu

PENAMPILAN pelakon Puteri Balqis menjadi sebutan ramai malah ada yang menganggap wajahnya seiras artis antarabangsa iaitu Megan Fox.

Bersyukur terhadap pujian tersebut, Balqis, 18, bagaimanapun mengakui ada ketika dia juga berasa tidak yakin diri dengan kecantikan dimilikinya itu.

“Saya tidak tahulah macam mana orang samakan dengan Megan Fox, apa yang saya nampak adalah muka orang Melayu. Tetapi apa pun, ia satu perbandingan yang baik. Walaupun orang puji, saya tetap tiada keyakinan itu.

“Saya nampak muka saya cantik seperti ibu saya. Tetapi kadang-kadang rasa insecure sebab hidung Melayu,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Puteri Balqis akan tampil dalam satu drama arahan Erma Fatima di slot Ramadan Raya pada tahun depan.

Drama sebanyak 30 episod itu turun dilakonkan oleh Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Izara Aishah, Muaz Zabir, Amir Ahnaf dan ramai lagi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi