suria

Linda Jasmine dah biasa sendiri, tiada beza selepas cerai... Sokong anak ceburi dunia hiburan

GURU tari profesional, Linda Jasmine menjalani kehidupan seperti biasa tanpa sebarang perubahan selepas sah bercerai dengan Que Haidar pada tahun lalu.

Kata Linda atau Linda Jasmine Hashim, 52, dia sudah terbiasa hidup berdikari dan hubungannya dengan Que, 46, juga baik-baik sahaja.

"Sebelum saya kahwin dengan Que, pun, saya sudah biasa seorang dan semuanya (urus anak) saya buat sendiri. Jadi, sebenarnya tak ada beza, sama saja (selepas perceraian).

"Hubungan antara saya dengan dia (Que) juga okay, tiada masalah. Sebab, kami berpisah (cerai) secara baik, Alhamdulillah.

"Memang kami okay, tiada masalah macam itulah, okay saja. Tak ada gementar ke apa. Tak ada," katanya kepada mStar semasa ditemui di acara Nona Superwoman Awards 2024.

Pada 26 Oktober tahun lalu, Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar mendedahkan dia dan Linda sah bercerai pada 2 Julai 2024 selepas 15 tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan pada 14 Februari 2009, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13 tahun.

Ditanya mengenai pembabitan anaknya dalam industri seni, Linda berkata dia sebagai ibu akan memberikan sokongan penuh terhadap minat anak-anak.

“Saya sokong 100 peratus. Saya juga ada kongsi pengalaman dan juga beri nasihat kepada dia. Saya akan sentiasa berikan sokongan kepada dia (untuk masuk dalam industri).

“Saya nak masukkan dia ke kelas (berlakon, menyanyi), tetapi setakat ini kelas semua atas 16 tahun. Dia pun belum cecah 16 tahun lagi,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi