suria

Pekerja syif malam teringin cari Lailatul Qadar? Ikut cara ini, moga amalan diterima Allah

Mereka yang mempunyai tuntutan kerja pada waktu malam juga berpeluang bertemu malam Lailatul Qadar. Gambar hiasan

LAILATUL Qadar adalah malam yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia.

Ini kerana, Lailatul Qadar digelarkan sebagai malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Lailatul Qadar berlaku pada satu malam dalam sepuluh hari terakhir Ramadan.

Menjelang waktu ini, ramai umat Islam berlumba-lumba menghidupkan malam dengan memaksimumkan ibadah demi mendapatkan kemuliaan Lailatul Qadar.

Ibadah itu berupa solat fardu, solat sunat tarawih, solat tahajud, membaca al-Quran, bersedekah dan lain-lain lagi.

Namun, bagi segelintir umat Islam, ada yang merasakan mereka tidak optimum dalam beribadat untuk mendapatkan lailatul qadar kerana tuntutan kerja pada waktu malam.

Jadi, bolehkah seorang Muslim yang bekerja syif malam berpeluang mendapatkan fadilat Lailatul Qadar?

qadar 1

Seseorang yang mendapat Lailatul Qadar adalah orang yang bersungguh-sungguh dalam ibadah. Gambar hiasan

Profesor Pendidikan Bahasa Arab, Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta (UIN Jakarta), Ahmad Thib Raya menjelaskan, seseorang yang bekerja pada waktu malam, atau syif malam, tetap berpeluang mendapat malam Lailatul Qadar.

Menurut beliau, ia selagi mana mereka meniatkan pekerjaan untuk beribadah, terus berzikir, memohon ampun kepada Allah SWT dan serius dalam menjalankan aktiviti ibadah ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita uzur tetap boleh rebut pahala Ramadan dengan 7 amalan ini, nombor 2 paling mudah dilakukan

ARTIKEL BERKAITAN: Cuba contohi Rasulullah, ulama buru Lailatul Qadar! Ketahui 2 gambaran suasana malam penuh keberkatan

Kerana menurutnya, seseorang yang mendapat Lailatul Qadar adalah orang yang bersungguh-sungguh dalam ibadah.

"Seseorang yang mendapat Lailatul Qadar ialah seseorang yang benar-benar berdoa, berzikir, dan memohon ampun kepada Allah SWT pada malam itu," tambahnya.

Tegasnya, keutamaan malam Lailatul Qadar akan diperolehi oleh orang yang benar-benar berdoa agar mendapat rahmat dan kurnia daripada Allah SWT.

Sementara itu seorang lagi ulama dari Indonesia menghuraikan ciri-ciri orang yang mendapat malam Lailatul Qadar.

qadar 3

Salah satu tanda-tanda seseorang mendapat Lailatul Qadar adalah apabila dia memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT.

Menurutnya, tanda-tanda dan ciri-ciri orang mendapat malam Lailatul Qadar dipenuhi dengan perubahan dalam diri seseorang.

Perubahan ini akan dapat dilihat dengan jelas selepas bulan Ramadan berakhir. Antara ciri-ciri tersebut adalah individu berkenaan:

1) Memperbanyakkan ibadah.

2) Dapat dilihat daripada perkara-perkara kecil dalam kehidupan seharian. Contohnya, perubahan sikap suami terhadap isteri menjadi lebih lemah lembut dan penyayang, kurang emosi, dan begitu juga sebaliknya.

3) Semakin baik baik daripada segi perwatakan mahupun sikap.

4) Mendekatkan diri kepada Allah.

5) Memperbaiki dan merapatkan hubungan sesama manusia.

- Serambinews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain