suria

Seronok pergi rumah terbuka, beradablah sebagai tetamu... Jaga solat, jangan selamba tapau makanan antara perkara perlu diingat

Peliharalah adab sebagai tetamu ketika menghadiri rumah terbuka. Gambar hiasan

BAGAIKAN tradisi, amalan rumah terbuka menjadi kemestian setiap kali sambutan Aidilfitri.

Dalam keseronokan memenuhi jemputan sebagai tetamu, jangan lupa ada adab dan tingkah laku yang perlu dijaga.

Meskipun tuan rumah merupakan sanak saudara mahupun kenalan rapat, ini tidak bermakna kita bebas untuk melakukan apa saja kerana kita tetap merupakan tetamu.

Memetik perkongsian Nuriman Hanalisha menerusi akaun TikTok, beliau menyenaraikan nasihat untuk tetamu yang boleh dijadikan panduan bersama.

1. Jangan lepak lama-lama

- Datanglah untuk memenuhi jemputan dan memeriahkan majlis. Bak kata orang, datang 'tunjuk muka'. Tak salah pun nak bersembang dan beramah mesra, namun biarlah berpada-pada. Tuan rumah pun penat nak melayan tetamu hingga lewat malam.

adab 1

Didik anak-anak untuk menjaga kelakuan ketika berkunjung ke rumah orang. Gambar hiasan

2. Pantau kelakuan anak

- Jika membawa anak kecil bersama ke rumah terbuka, pantau tingkah laku mereka. Dalam erti kata lain, ajarlah anak untuk 'behave'. Bukan apa, kalau aktif sangat dibimbangi ada pula barang milik tuan rumah yang pecah atau bersepah.

ARTIKEL BERKAITAN: Patut la dibenci saudara-mara, rupanya sibuk tanya orang bila nak kahwin... Ketahui 7 topik dilarang bual ketika Syawal

3. Adab terima duit raya

- Ini amat penting untuk dipesan kepada anak-anak, jangan buka sampul duit raya sebaik menerimanya. Didik anak-anak untuk simpan dahulu dan buka kemudian di rumah. Ajar mereka supaya sentiasa berterima kasih dan bersyukur tak kira apa jua jumlah wang yang diterima.

4. Pilih waktu sesuai

- Datang mengikut waktu yang sudah ditetapkan oleh tuan rumah. Elakkan masa yang kurang sesuai seperti awal pagi, waktu Maghrib dan selepas pukul 10 malam. Mungkin anda perlu menghadiri banyak jemputan dalam masa sehari, tetapi pandai-pandailah menguruskan masa untuk memenuhi semua undangan.

5. Jangan tapau makanan

- Ini adalah 'pantang' yang utama atau 'a big no'. Sudahlah dijamu dengan pelbagai makanan, takkan siap nak bawa pulang lagi? Melainkan jika tuan rumah sudah sediakan makanan siap-siap untuk dibawa pulang, itu lain cerita. Yang pasti, jangan buat muka tak malu minta tapaukan makanan. Ingat ya

open house

Jagalah adab dan tingkah laku terutama dari segi pergaulan dan berpakaian. Gambar hiasan

Ini baru bab adab. Dari bab agama pula, ini perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai perkara yang perlu diberi perhatian ketika berkunjung ke rumah terbuka:

1. Jaga aurat dan pergaulan

- Dalam kerancakan bersembang, jangan sampai melampaui batas bertepuk tampar dan bersentuhan dengan yang bukan mahram. Pakaian juga pilih busana yang sopan dan sedap mata memandang. Mana tahu, ada yang berkenan sedang mencari jodoh.

2. Jaga solat

- Di mana saja kita berada, jangan abaikan perkara yang wajib ini. Jangan bersembang dan beraya sakan hingga terlupa kewajipan kepada Allah. Banyak je tempat sediakan kemudahan surau seperti stesen minyak atau hentian rehat dan rawat (R&R).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain