suria

Jaga aib mangsa syuhada Palestin, jangan sebar rakaman tragis... Umat Islam boleh buat solat jenazah ghaib

Umat Islam boleh melaksanakan solat jenazah ghaib kepada mereka yang terkorban di Palestin. -Gambar hiasan

RAMAI dalam kalangan kita bersolidariti sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin seperti menyertai perhimpunan serta memboikot produk berpotensi menyalurkan dana kepada Israel.

Selain itu ada juga yang mahu melaksanakan solat jenazah ghaib terhadap para syuhada (orang yang meninggal saat sedang membela agama Allah) di Palestin.

Susulan itu bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil menjelaskan tentang hal berkenaan selepas seorang individu bertanya sama ada ia dibolehkan atau tidak.

"Apakah boleh untuk menunaikan solat jenazah ghaib ke atas para syuhada yang gugur di Palestin?," tanya individu tersebut.

Jelas Zulkifli, melaksanakan solat jenazah ghaib buat mereka yang terkorban di Palestin demi mempertahankan agama Allah adalah dibenarkan.

Beliau memperincikan mengenai perkara itu dengan memetik firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 154.

Terawikh prayer at Masjid Bandar Bukit Puchong, Wednesday, July 16, 2014 on the 16th day of Ramadhan. RAJA FAISAL HISHAN/The Star.

Kita disarankan untuk melakukan solat jenazah ghaib untuk umat Islam yang terkorban di Palestin. -Gambar hiasan

Maksudnya: “Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu ialah orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.”

Ayat di atas merupakan peringatan kepada orang beriman agar jangan beranggapan mereka yang terbunuh pada jalan Allah itu tidak mempunyai apa-apa nilai.

Hakikatnya mereka itu ialah orang-orang yang 'hidup' dengan keadaan yang istimewa di dalam kubur-kubur mereka namun tidak diketahui bagaimana keadaannya melainkan oleh Allah SWT.

Tambah Zulkifli, penjarahan oleh puak-puak Yahudi dan rejim Israel merupakan satu pelupusan etnik dan pembunuhan beramai-ramai yang sedang ditalakan kepada umat Islam Gaza, Palestin.

"Sudah lebih sebulan berlangsungnya serangan dahsyat oleh rejim Israel tanpa ihsan dan rahmah sehingga hospital al-Ahli juga dibom selain masjid, tempat belajar, sekolah dan kemudahan awam menjadi sasaran mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Makmum terlambat, tak sempat habis al-Fatihah imam dah rukuk... Boleh ke tinggal bacaan?

"Inilah rejim zionis yang menunjukkan belang sebenar dalam memusuhi umat Islam. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada umat Islam Palestin dalam mempertahankan negaranya.

"Semoga bantuan daripada umat Islam seluruh dunia dapat sampai ke bumi Palestin ini," katanya lagi.

Justeru kata Zulkifli, antara adab sebagai umat Islam apabila menerima berita yang dukacita, kita mengucapkan Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun.

Ia merupakan perkataan Arab yang disebut dalam al-Quran pada ayat ke-156 surah kedua, al-Baqarah.

A man reading the holy Quran (right) on the sixth day of Ramadhan while waiting for Friday prayer at Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang. The holy Quran consists of 30 chapters and Muslims will try to read a chapter a day so that they will finish reading the whole Quran by the end of the Ramadhan month. Friday, July 4, 2014. RAJA FAISAL HISHAN/ The Star.

Solat merupakan tuntutan wajib dilakukan oleh umat Islam. -Gambar hiasan

Maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Ujar Zulkifli lagi, oleh yang demikian kita boleh melaksanakan solat jenazah ghaib buat mereka, sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah RA dalam riwayat al-Bukhari (1188) dan Muslim (951).

Maksudnya: “Rasulullah SAW bersedih atas kematian al-Najasyi, lalu Baginda keluar ke tempat solat, berbaris bersama-sama sahabat dan bersolat sebanyak empat kali.”

Dalam kesempatan ini juga, Zulkifli turut menasihatkan agar kita menjaga aib mangsa yang mati syahid seperti tidak memaparkan tubuh mereka yang hancur, kepala berkecai dan seumpamanya.

"Namun teruskanlah menyebarkan info-info berkaitan Palestin dalam memperjuangkan hak bagi rakyat Palestin. Hanya kepada Allah SWT sahaja kita memohon pertolongan bagi membantu mereka yang sedang dalam perjuangan.

"Marilah kita sama-sama mendoakan mereka agar Allah SWT membebaskan Palestin daripada penjajahan Israel laknatullah dan memberi kegembiraan buat rakyat Palestin," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain