SEJAK kebelakangan ini, isu keretakan rumah tangga, pergolakan antara suami isteri, pergaduhan pasangan bercinta mahupun salah faham antara ibu bapa dan anak-anak sering dikongsi di media sosial. Kebanyakan masyarakat memilih media sosial sebagai tempat luahan emosi bagi mengurangkan tekanan perasaan yang dialami. Ada antara mereka beranggapan pengikut di platform tersebut dapat membantu memberikan sokongan dan buah fikiran untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bagi golongan yang bergelar artis, pempengaruh mahupun tokoh korporat, apa sahaja yang dkongsikan akan sentiasa menjadi bualan masyarakat. Berkongsi cerita tentang individu lain boleh tergolong dalam hukum haram. -Gambar hiasan Disebabkan itu, wujudnya kumpulan individu yang gemar mengambil menyelongkar dan membuka keaiban orang lain demi menjadikannya ‘bahan’ media sosial sendiri, semata-mata untuk menambah pengikut. Keghairahan melakukan perkara tersebut bukan sahaja tidak wajar dan memalukan individu terlibat malah turut diharamkan dari sudut agama. Menjelaskannya secara terperinci, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, tindakan tersebut termasuk dalam perbuatan tajassus yang diharamkan. Kata guru kami, almarhum Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili: Tajassus dari sudut istilah bermaksud: “Mencari-cari keaiban dan mendedahkan apa yang telah disembunyikan oleh manusia.” (Lihat Tafsir al-Munir, 26/247) Hukum asal bagi perbuatan ini diharamkan berdasarkan firman Allah dalam surah Surah Al-Hujurat, ayat 12, yang bermaksud "Dan janganlah kalian melakukan tajassus serta janganlah kalian saling mengumpat antara satu sama lain" Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube