suria

Berlaku pergerakan... Sah atau tidak solat tak pakai pakaian dalam? Ini penjelasan pejabat mufti

Sebarang perkara berkaitan solat perlu diberi perhatian kerana ia merupakan tiang agama. -Gambar hiasan

SETIAP kemusykilan atau sebarang perkara berkaitan solat perlu diberi perhatian kerana ia merupakan tiang agama.

Salah satu perkara yang menjadi tanda tanya dan keraguan ramai adalah mengenai hukum mendirikan solat tanpa memakai pakaian dalam.

Ada sesetengah orang memilih untuk tidak memakainya ketika mendirikan solat, disebabkan faktor tertentu.

Oleh itu, apakah sebenarnya hukum serta pandangan ulama mengenai hal ini?

ARTIKEL BERKAITAN: Air mani terkena tuala, kemudian guna lap badan lepas mandi... Ramai musykil soal hukum, adakah dikira najis?

ARTIKEL BERKAITAN: Berwuduk dalam keadaan bogel boleh atau tidak? Adakah berdosa? Ketahui penjelasan pakar

Portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan dengan tuntas mengenai perkara ini, sekali gus merungkai persoalan mengenai hukum tabiat sedemikian.

Menurutnya, hukum solat tanpa memakai pakaian dalam yang melibatkan pergerakan zakar dan payudara adalah sah kerana pergerakan tersebut termasuk dalam kategori pergerakan anggota yang tidak mampu dikawal dan bukan kategori pilihan orang yang mendirikan solat.

Ia juga termasuk dalam 'pergerakan sedikit' kerana melibatkan anggota badan yang ringan.

solat 2

Pergerakan melibatkan anggota badan yang berat jika dilakukan berulang-ulang, akan membatalkan solat. -Gambar hiasan

Mengikut ketetapan yang dibahaskan oleh mazhab Syafie, terdapat tiga kategori 'pergerakan banyak' yang membatalkan solat dan perbezaannya dengan 'pergerakan sedikit', iaitu:

1. Pergerakan yang banyak mestilah dilakukan oleh anggota badan yang berat seperti tangan, kaki dan kepala. Sekiranya hanya melibatkan pergerakan ringan seperti lidah, kelopak mata, bibir, zakar atau jari (tanpa menggerakkan telapak tangan seperti keadaan menggaru), maka tidak batal solat walaupun dilakukan secara berulang.

2. Pergerakan yang banyak bermakna pergerakan sebanyak tiga kali secara berturut-turut atau lebih. Berturut-turut itu dikira apabila pergerakan kedua tidak terputus daripada pergerakan pertama dan pergerakan ketiga tidak terputus daripada pergerakan kedua

3. Pergerakan tersebut mestilah bukan termasuk daripada pergerakan yang tidak mampu dikawal seperti menggaru kudis dan menggigil kerana kesejukan sebagaimana dinyatakan dalam Nail al-Raja, iaitu:

Maksudnya: "Tidak termasuk (dalam hukum terbatal solat disebabkan pergerakan yang banyak) adalah mereka yang berada dalam keadaan darurat yang tidak mampu meninggalkan (pergerakan yang banyak kerana di luar kemampuan) seperti orang yang menghidapi penyakit kudis gatal (yang teruk)."

Kesimpulannya, hukum solat tanpa pakaian dalam adalah sah kerana pergerakan zakar dan payudara termasuk dalam kategori pergerakan yang tidak mampu dikawal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain