suria

Kebetulan selesai 2 hadas besar serentak, boleh ke gabung niat mandi wajib? Ini penjelasan agamawan

Mandi wajib perlu dilakukan selepas hadas besar. -Gambar hiasan

ANTARA penyebab mandi wajib adalah berjimak, keluar air mani, haid, nifas dan mati selain mati syahid.

Namun, pernahkah anda menghadapi situasi berada dalam lebih daripada satu sebab hadas besar, sebagai contoh, haid dan berjimak?

Justeru pastinya anda keliru tentang bacaan niat mandi wajib, sama ada boleh digabungkan dua niat sekali gus atau berasingan.

Nampak seperti remeh, namun perkara ini perlu kita fahami dengan jelas apatah lagi ia bersangkutan dengan ibadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru tahu rupanya tak semua mimpi basah perlu mandi wajib... Bangun tidur periksa pakaian dulu

Persoalan mengenai perkara ini dijawab penuh tuntas oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi tulisannya dalam Maktabah Al-Bakri.

Cropped shot of a handsome young man having a refreshing shower at home954670786

Salah satu syarat mandi wajib adalah meratakan air ke seluruh anggota badan. -Gambar hiasan/Getty

"Secara umumnya, mandi wajib ialah mandi yang tidak sah ibadat tanpanya apabila terdapat sebab-sebab yang mewajibkan mandi. Sebab-sebabnya ialah janabah, haid, bersalin dan mati. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/73).

"Seterusnya, para ulama menetapkan bahawa syarat fardu bagi mandi wajib hanya tiga, iaitu niat; menghilangkan najis jika ada pada badan dan meratakan air ke seluruh rambut (bulu-bulu) dan badan.

"Kesimpulan, menjawab persoalan di atas, kami nyatakan cukup sekadar satu niat sahaja untuk mandi wajib tersebut bagi dua atau lebih sebab yang mewajibkan mandi bagi seseorang tersebut.

"Justeru, tidak perlu untuk dia berniat untuk mandi wajib bagi dua hadas seperti hadas jimak dan keluar darah haid," menurutnya.

pic 1

Mandi wajib tidak boleh diambil ringan kerana ia melibatkan ibadah. -Gambar hiasan

Beliau menambah, perkara tersebut turut dijelaskan Syeikh Hasan al-Kaf, pengarang kitab al-Taqrirat al-Sadidah yang sarat dengan ilmu Feqah.

"Syeikh Hasan al-Kaf menerangkan di dalam kitabnya ini dengan menyebut:

"Jika sekiranya berkumpul dua atau lebih sebab yang menyebabkan wajib untuk mandi junub seperti jimak dan keluar air mani contohnya, adakah memadai dengan satu niat sahaja. Jawapan, iya, memadai dengan satu niat sahaja bagi kedua-dua sebab tersebut. Sama juga bagi mandi sunat (iaitu memadai satu niat sahaja untuk dua mandi sunat)," jelasnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain