suria

Tak tinggal sembahyang pun boleh dihumban ke neraka, hindari beberapa perkara melalaikan ketika solat

Umat Islam perlu sentiasa diberi peringatan supaya mereka tidak meninggalkan solat. -Gambar hiasan

SOLAT merupakan tiang agama.

Meninggalkannya secara sengaja merupakan satu dosa besar dan menjadikan seseorang itu termasuk dalam golongan yang rugi di akhirat kelak.

Melalui satu hantaran di laman X, seorang lelaki dikenali sebagai Faisal Rahim berkongsikan pengisian yang diperolehnya ketika menghadiri kuliah Maghrib.

Menurutnya, orang bersembahyang juga boleh masuk neraka Wail atas beberapa faktor yang merosakkan ibadah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba tok imam bangun tambah rakaat selepas tahiyat akhir... Makmum jangan ikut, tapi buat 2 perkara ini

"Ini adalah berdasarkan Surah Al-Ma'un (107), ayat empat hingga lima.

"Maka celakalah orang yang solat. Iaitu orang-orang yang lalai terhadap solatnya.

"Tafsiran ayat ini merujuk kepada golongan yang lalai dalam solat. Seperti rukuk dan sujud secara sambil lewa, melewat-lewatkan solat sehingga sudah penghujung waktu dan tidak mengingati Allah dalam solatnya.

"Wail adalah satu lembah di dalam neraka Jahannam yang jika dicampak gunung-ganang ke dalamnya juga boleh hancur, ini adalah tempat untuk golongan tersebut," jelas Faisal menceritakan semula ilmu yang diperoleh daripada kuliah Maghrib.

Solat fardu lima waktu sehari perlu dititikberatkan sebagai seorang Muslim. -Gambar hiasan

Tambahnya lagi, hukuman yang lebih pedih menanti mereka yang meninggalkan solat secara keseluruhannya.

"Bayangkan orang yang solat pun boleh dimasukkan ke dalam neraka, apatah lagi mereka yang tidak solat. Dalilnya ada pada Surah Al-Muddatstsir, ayat 42 hingga 43.

"Apa yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka Saqar? Mereka menjawab, dahulu kami tidak termasuk orang-orang yang melaksanakan solat.

"Neraka Saqar ini merupakan aras keenam daripada tujuh tingkat neraka. Seksaannya dahsyat dan kepanasannya melampau, terus-menerus membakar kulit manusia.

"Kata ustaz, sesekali kita kena diingatkan tentang azab neraka, baru ada rasa takut nak tinggal solat. Ayuh bersama kita menjaga dan perbaiki solat, jika ada yang culas segera qada (ganti) selagi hayat masih dikandung badan," terang Faisal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain