suria

Maki orang atau jenaka... Carutan ‘babi’, ‘anjir’ akan ditanya di akhirat kelak! Ini penjelasan dari sudut agama

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. -Gambar hiasan

PERKATAAN kesat nampaknya kian dinormalisasi dalam perbualan harian masyarakat tanpa mengira golongan tua atau muda.

Kebiasaannya, perkataan kasar, kesat atau carutan akan menjadikan sesi perbualan menjadi lebih asyik dan rancak.

Antara carutan yang biasa digunakan termasuklah berkaitan haiwan, seperti anjing sehingga tercipta pelbagai ungkapan khas misalnya anjay, njir dan anjir.

Namun masyarakat terutamanya mereka yang beragama Islam perlulah berwaspada dalam berkata-kata sedemikian kerana bimbang menambah timbangan dosa.

Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh Twit Sunnah, ada dikongsikan kupasan mengenai hal ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tinggal sembahyang pun boleh dihumban ke neraka, hindari beberapa perkara melalaikan ketika solat

"Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushannaf 5/283, Ibrahim An-Nakha’i Rahimullah Ta’ala berkata:

"Mereka (para tabi’in) pernah menyebut, jika seseorang mencela orang lain dengan perkataan ‘Wahai keldai’, ‘Wahai anjing’, ‘Wahai babi’ maka Allah akan bertanya kepadanya pada hari kiamat:

"Adakah kamu melihat bahawa Aku telah menciptakan (dia) sebagai anjing atau keldai atau babi," jelasnya.

Selain itu, daripada Abu Hurairah, Abu Ayub Al-Ansari dan lain-lain dalam Riwayat Al-Bukhari 6476 serta Muslim 4610, bahawa Nabi SAW bersabda:

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka katakanlah yang baik ataupun hendaklah dia diam." ujarnya.

Kesimpulannya jika seseorang itu benar menghayati agama, hendaklah dia mengetengahkan akhlak yang terpuji dan menghindari perangai buruk.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain