suria

Niat taklik boleh batalkan solat! Kena hati-hati, mungkin ramai pernah buat tanpa sedar

Solat fardu diwajibkan ke atas setiap umat Islam. -Gambar hiasan

SOLAT fardu lima kali sehari merupakan tiang agama.

Seperti diketahui umum, terdapat beberapa faktor yang boleh membatalkan solat antaranya meninggalkan rukun, terkena najis pada pakaian atau berkata-kata dengan sengaja.

Namun terdapat satu lagi perkara yang boleh membatalkan solat tetapi tidak disedari ramai iaitu niat taklik untuk keluar daripada sembahyang.

Perkara ini ada dijelaskan dengan tuntas oleh Ustaz Haffa melalui satu perkongsian di laman TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Risau tak sempat ‘kejar’, makmum baca al-Fatihah serentak dengan imam... Ini penjelasan ustaz

Menurut Ustaz Haffa, niat taklik bermaksud kita menyangkut niat pada perkara lain ketika sedang solat.

"Contohnya semasa kita sedang sembahyang, tiba-tiba dalam hati kita berniat, kalau ada orang datang ketuk pintu rumah, aku nak berhenti solat. Kalau anak aku menangis, aku nak berhenti solat.

"Kalau hujan turun, aku nak berhenti solat pergi angkat kain. Semua tu kita panggil sebagai taklik niat.

"Solat kita terus batal kalau terlintas niat sedemikian ketika sedang sembahyang, walaupun tiada siapa yang datang ketuk pintu rumah, hujan tak turun lagi, anak tak menangis lagi.

"Jadi kena ingat, dalam solat ini kita kena ada ilmu, sebab ini adalah berkaitan dengan kita nak menyembah Allah SWT. Ada pantang larangnya," jelas Ustaz Haffa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain